A home based beauty salun cater those who seek for personal beauty skin touch

We welcome you to feel the new experience with us
sms to 016-461 4667 (INA) for your beauty appointment

Showing posts with label tips kecantikan. Show all posts
Showing posts with label tips kecantikan. Show all posts

Monday, March 5, 2012

Scrub di Manjadiri


Manjadiri jatuh cinta dengan scrub yang diperbuat daripada Oat
Scrub ini sangat efektif dalam menanggalkan kulit mati sambil memberikan efek soothing kepada kulit. Ianya juga amat efektif membersihkan pores, membantu dalam deep cleansing, serta memudahkan  "operasi" removing blackhead and whitehead.
Scrub oat ini dipelbagaikan mengikut jenis kulit dan kawasan scrub samada di badan mahupun di wajah

Scrub favorite Manjadiri:

Oat with Honey
Oat with Citrus 
Oat with Baking Soda
Oat with Brown Sugar
Oat with Glutinous Rice

Selain itu Manjadiri juga sangat selesa menggunakan krim peeling daripada Giffarine iaitu 
Exfoliating Massage Lotion 
way effective in helping to remove dead skin cell dan memberikan kecerahan serta merta walaupun hanya selepas sekali penggunaan

Manjadiri juga menggunakan garam mineral bersama ekstrak bunga rose sebagai salah satu scrub kegemaran Manjadiri yang turut dikongsi bersama dengan pelanggan-pelanggannya..

Walau apa juga jenis scrub yang anda gunakan, amalan scrub wajah 2 - 3 kali seminggu amat berkesan dalam membantu kulit untuk 'bernafas' terutama sekali jika kerap menggunakan make up.. Cuma pastikan scrub tersebut tidak terlalu kasar untuk kulit kerana menyebabkan iritasi serta radang.. Jika kulit mengalami kesan keradangan, dinasihatkan supaya menyapu krim aloe vera ke wajah..






Tuesday, January 31, 2012

Gemuk jadi Kurus


Ramai betul yang bertanya tentang program lansing atau bahasa mudahnya nak kurus dengan ina :)
Ina cadangkan menggunakan rawatan LUXURY BODY SPA iaitu menggunakan teknik dry body brushing + cloth buffing + exfoliation + slimming body mask + body wrap + slimming sauna + rosy moist

hasil selepas rawatan ialah badan akan terasa lebih ringan dan firm
gelebeh gelebeh di tangan, paha dan perut akan nampak lebih mampat dan tegang
kulit automatik akan lebih cerah, bersih dan lembut
wangi sudah semesti ^_^


tapi of course selepas sekali sesi takkan nampak kurus terus kan..mestilah banyak kali..sebab tu program yang ribu-ribu tu sampai 30 session
dengan ina, try 5 sessi je dulu..
ala lepas habis 1sessi pun dah terasa kelainannya
 harga satu sessi RM 65 jer

***********

ni nak citer pasal sorang awek omputih..gemuk sangat tapi lepas dia berusaha 18 bulan untuk bersenam dan control makan sahaja terus jadi cantik dan slim bangat..


cuba tengok lengan dia..haduyai sekali kena smack down boleh pengsan niii



lepas 18 bulan berusaha (1 tahun setengah) kawal pemakanan, diet seimbang dan bersenam dengan disiplin terus jadi cantik..hah nak cantik kena la seksa sikit..
rajin wat sit up
wat cruch

ni ngadap PC, time makan nasi tu senduk sampai berkali-kali...tapi cita-cita tinggi..
cane tu.....
so contohilah ketekunan Harriet yang berusia 25 tahun ni

kalau cik puan semua rajin kawal makan + senaman yang konsisten + sauna + body wrap + exfoliate.. pasti tak sampai 1 tahun setengah dah boleh kurus cantik

kurus cantik yer..bukan kurus melidi..
peace ^_^


Thursday, January 26, 2012

masalah kulit wajah sembuh dengan high frequency




kedua-dua gambar di atas ni ina ambil dari internet, ianya merupakan gambar rawatan facial menggunakan high frequency dalam regime rawatan wajah. ina takde gambar semasa rawatan sebab setiap privasi pelanggan Manjadiri terutamanya ketika rawatan dijalankan perlu dihormati dan dipelihara..

lagipun rata-rata pelanggan ina akan buka baju dan pakai kain yang ina sediakan untuk memudahkan ina mengurut kawasan leher, bahu, dada dan belakang badan ketika facial

berbalik kepada jenis rawatan ini, high frequency sangat berkesan untuk merawat masalah-masalah kulit seperti berikut:
kulit wajah yang berjerawat
liang roma / pores yang terbuka dan jelas 
kulit breakout kerana sangat sensitif
kulit wajah berkedut
kulit mula menunjukkan tanda-tanda penuaan
kulit berminyak
wajah sagging 
jeragat
puffy eyes
dark eye cirles
mengurangkan bulu roma di wajah

jika ada di antara pembaca yang mengalami masalah-masalah seperti berikut, dapatkan rawatan facial di mana-mana salon yang dapat menawarkan servis ini. 



*Pengalaman Ina sendiri menggunakan mesin ini*
ina mengalami masalah kulit yang sangat sensitif terutama di kawasan dahi..
kulit di kawasan dahi ina menjadi merah-merah, kering dan rasa sangat tegang terutama sekali apabila menjelang petang kerana seharian berada di dalam aircond..tetapi alhamdulillah dengan rawatan high frequency yang ina amalkan 3 kali seminggu membantu ina meredakan dan merawat kulit sensitif tersebut. jerawat di dagu dan pipi juga semakin mengecut dan bengkak pun hilang




di Manjadiri Home Beauty Salon, rawatan facial high frequency ini dilakukan setelah wajah selesai diwap dan extraction dibuat..kemudian diikuti dengan rawatan lifting dan brightening menggunakan vacuum serta ultrasound radio wave frequency bersama dengan serum-serum terpilih..eye essence serum, whitening and brightening mask with rose extract disapu ke mata dan wajah..dan diikuti dengan rawatan rutin facial yang lain sehingga selesai..

pelanggan akan dapat merasakan perubahan yang ketara pada kulit wajah setelah rawatan berakhir walau hanya selepas sekali rawatan..
kalau buat selalu lagi bagus..facial amat bagus dilakukan 2 kali seminggu untuk merawat kulit yang bermasalah

rawatan facial lengkap di  Manjadiri hanya berharga RM68.00 sahaja
cuba dahulu..jika tidak berpuas hati, Manjadiri amat mengalu-alukan sebarang komen bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kecantikan di salon kami..


Monday, December 19, 2011

DIY breast massage with pics





Entry kali ini berkaitan dengan urutan payudara yang boleh dibuat sendiri di rumah..

Urutan ini disarankan dilaksanakan 2 kali dalam seminggu.

Antara kesan yang paling utama ialah dapat menegangkan payudara kita dan juga dapat mencegah pembentukan tumor yang membawa kepada berlakunya barah payudara yang menjadi pembunuh utama kaum wanita.



Langkah 1:

Bermula dari nipple, guna 3 jari seperti dlm rajah 1

Dari tengah, urut perlahan-lahan ke luar payudara

Pastikan breast telah disapu minyak urut secukupnya

Ingat, guna tekanan yang lembut seperti mana anda mengurut kawasan mata

Untuk mendapat kesan yang optimum, massage real slow k..



Langkah 2:

Urut menggunakan teknik memicit

Angat dan picit perlahan-lahan sekeliling payudara seperti rajah 2



Langkah 3:

Step kali ni cuba pusing ikut dan lawan jam

tapi ingat, buat perlahan-lahan dan jangan put pressure too much



Langkah 4:

Letakkan ke dua belah tapak tangan di sisi
Gerakkan tangan ke bawah bagi membolehkan jari jemari mengurut sisi payudara
Lakukan perlahan-lahan untuk memastikan kawasan aerola dan nipple tidak terkena semasa teknik ini dilakukan coz it can spoil the nipples shape

Tips:
Untuk mendapatkan payudara yang tegang, bulat dan penuh..lakukan lifting sebanyak 5 kali..caranya dengan mengangkat payudara dan dilepaskan setelah mendapat regangan yang penuh (full strech)
Teknik-teknik di atas elok dipraktikkan sekerap mungkin bagi tujuan memberi bentuk payudara yang cantik dan yang penting untuk kesihatan payudara kita.
Langkah-langkah tersebut mampu menggalakkan pertumbuhan tisu baru dan membolehkan proses pembuangan toksin/racun di kawasan payudara dilaksanakan dengan efektif.


Untuk mendapatkan urutan penuh payudara di Manjadiri, contact ina 016-461 4667 untuk set appointment k..


Friday, December 16, 2011

SPF, sunscreen, sunblock

Hari ni nak buat entry tentang sunscreen that commonly known as sun cream or sunblock juga nak sentuh tentang kadar SPF dalam satu-satu sunscreen



Perlu ke kita guna sunscreen?Ya! kulit kita sangat memerlukan perlindungan daripada sinaran matahari yang semakin hari semakin terik pancarannya memandangkan lapisan ozon yang makin menipis.

Perlindungan yang diberikan adalah untuk mengelakkan sinaran UV yang antara lain penyebab utama jeragat(freckles) dan lebih teruk kalau kena kanser kulit.
Bila dah mula kena jeragat, susah tau nak hilangkannya..kena wat facial kerap, kena pakai produk yang boleh cater jeragat etc..semua tu memerlukan $$$ yang banyak.
ina pernah post pasal jeragat ni, 



klik http://manjadiri2010.blogspot.com/2010/03/masalah-jeragat-freckles.html


Oleh itu, pakailah yer perlindungan..


*****

 Apa beza sunscreen dengan sunblock?




Sunblock
Ia lebih 'tebal','pekat' dan 'kuat' untuk block sinaran UVA/UVB dan radiasi dari matahari.Penggunaan sunblock ni memadai sekali sapuan sahaja untuk tujuan perlindungan.Kondisi sunblock ni selalunya agak berminyak berbanding sunscreen.


Sunscreen
Ia lebih transparent dan dapat memberikan perlindungan seperti mana sunblock. Cuma kondisisinya yang lebih 'ringan' memerlukan sapuan beberapa kali dalam sehari dan kandungan SPF yang diperlukan perlu lebih tinggi berbanding jika menggunakan sunblock.

SPF, lagi tinggi lagi bagus ker?

Daripada sumber pembacaan, sunscreen yang ada SPF 30++ memberikan perlindungan dalam 97% manakala SPF 15++ memberikan perlindungan 95%



Bagaimana untuk memilih samada menggunakan sunscreen atau sunblock dengan kadar SPF yang sesuai?


Lihat keperluan masing-masing.
Jika anda berjemur, ke pantai, ke taman tema, swimming, jogging dan aktiviti-aktiviti seumpama contoh tersebut, disarankan untuk menggunakan sunblock dengan spf 30 atau 50 atau lebih mengikut tempoh masa anda berada di luar.

*lebih lama anda perlu berjemur, lebih tinggi SPF diperlukan
*jangan salah tafsir, lebih tinggi SPF tidak bermakna lebih banyak protection diterima

Jika untuk kegunaan harian, gunakan suncreen kerana sesuai nak apply beberapa kali dan kurang berminyak. Selalunya suncreen comes 2 in 1 dengan moisturiser.






cuba cari buku ni..





antara produk giffarine yang mengandungi SPF yang sesuai dengan kulit kita dengan harga yang sangat ekonomi


Pic from internet. Produk ni sangat sesuai untuk kulit remaja. Good for protection from sun rays and whitening purpose
Untuk VIP manjadiri, sila tolak lagi 25% dari harga dalam gambar. Sila kira sendiri sebab kalau saya tolong kirakan, anda tentu tak percaya dengan harganya hihi



Yang ni moisturiser a.k.a day cream yang mengandungi sunscreen yang disapu selepas pakai miracle fluid a.k.a penyegar. Best sebab murah, ada perlindungan SPF22 dan bertujuan untuk mencerah
VIP manjadiri dapat harga RM20.70




whitening night cream ni geng dengan suncreen di atas.. sesiapa nak mencerahkan kulit wajah elok sapu night cream ni lepas pakai penyegar di waktu malam
Harga dia, sory lupa lah..nanti ina update semula tapi confirm tak lebih dari RM30




Ini ialah Superman eh bukan
SUPER SUNBLOCK SPF99
best wooo bila p swimming, tak burn
kalu berminat leave me a comment for special price =D





Oklah, diharapkan entry kali ni dapat merungkai sebarang pertanyaan berhubung suncreen, sunblock dan SPF. Thanks =D

tips make up 2 minit untuk cantik berseri

mesti gelabah kan
kalau tiba-tiba ada tetamu datang ke rumah
tak sempat nak bersiap lawa-lawa
jadi ina nak kongsi tips macam mana nak bagi berseri
2 minit jer



peralatan di perlukan:
eye liner hitam
blusher peach
lip gloss pink
lipstick pink

caranya:
cepat-cepat cuci muka(kalau tak sempat skip je)
kalau dah cuci pakai miracle fluid giffarine (takde sila order pada saya ye =D)
tak pakai bedak pun tak pa sebab lepas pakai miracle fluid tu
sure wajah dah nampak cerah dan glowy
terus calit eye liner(tebal sket bagi nampak macam cat eye miow miow)
blusher kaler peach 2 kali stroke dari tengah pipi ke atas telinga
pakai lipstick pink
pakai lip gloss pink/natural color
tadaaaaaa siap!!!

kenapa blusher kaler peach?
sebab create natural look dan sesuai sama ada anda kulit gelap atau cerah
kalau kulit gelap, ilusi dari warna peach akan nampakkan kulit kita jadi cerah
kalau kulit cerah, ilusi peach nampak muka anda bermaya

kenapa eye liner hitam? tak leh kaler lain ke?
tak boleh 
sebab kaler hitam lagi natural dan sesuai dengan warna anak mata orang asia
kecualilah jika anda pakai contact lense warna kelabu/biru/hijau
yang tu pilih eye liner dark brown or biru
warna hitam menampakkan mata yang menarik dan menggoda
ala-ala minah arab gitewww

lipstick dan lip gloss pink, kenapa?
sebab nak bagi nampak bibir munggil, jernih dan kissable
nak skip lipstik pun boleh
calit je lip gloss
tapi jangan over calit yer
nanti nampak berkilau terlebih macam letak minyak pula
less is more!

miracle fluid kena pakai ke?
wajib pakai untuk melengkapkan sesi tutorial kali ini
nak tahu review pasal miracle fluid ni
sila klik sini


selamat mencuba 
=D





Rihanna make up inspiration - suitable for dark skin tone


she is one of the inspiration in my make up experiment 
her make up style is fresh and applicable for day and night
and compliment with my make up in hand





long lasting make up



klik pada gambar untuk image yang lebih jelas
ina lupa nak quote website mana ina ambil gambar ni
ada 12 step je untuk make up wajah yang sempurna dan kekal lama
sangat sesuai kalau kita nak ke majlis keraian
atau di kala terbangun awal nak pegi keja
bole la cuba apply cara make up macam ni =D

Tips siapa malas make up




tadi jejalan wat blogwalking session
terjumpa blog neh
dia bagi tips untuk siapa yang malas nak make up
so layan LINK ek

Thursday, December 15, 2011

cara elak orang copy paste entry kita





entry kali ni berbeza sedikit..
marah jugak kan kalau orang curi entry yang penat kita type2
cara nak elakkan kecurian copy paste and claim dia punya ni
ina perolehi daripada web ni
cuba yer dan tengok apa hasilnya =D

Masalah jeragat / freckles







pic source: internet

masa tengah dok facial, pernah ada client manjadiri yang bertanya macam mana untuk menghilangkan jeragat kat muka dia..

memang sangat tak best bila naik jeragat kat muka. jeragat selalu menyerang bila kulit wajah kita matang iaitu start daripada umur 25 tahun ke atas. jeragat juga kerap terjadi kalau kita salah pakai produk penjagaan wajah, di mana berlaku bad reaction towards bahan-bahan dalam produk tersebut. ina sendiri pernah mengalami masalah jeragat yang teruk selepas mengunakan produk tuttt..femes jugak produk keluaran tempatan tu sebenarnya.

untuk meminimum dan merawat jeragat tersebut, anda perlu elakkan berjemur di bawah matahari tanpa memakai sunscreen cream. selain itu anda boleh merawat sendiri dengan mengunakan campuran lemon juice, lime juice dan yogurt. campuran tersebut diletakkan di wajah selama 30 minit dan rinse them off. lakukan sehari 2 kali. campuran ini juga boleh digunakan untuk merawat pori-pori terbuka.

anda boleh juga menggunakan jus lemon dan disapu terus ke tempat jeragat tersebut selama 30 minit dan dibilas.

di manjadiri, untuk rawatan jeragat ini..ina menggunakan glamorous wipe off dan glamorous melabright lotion seperti gambar di bawah.

glamorous wipe off ini disapu selama 2-3 minit di tempat jeragat dan dibilas. seterusnya glamorous melabright lotion disapu di tempat-tempat jeragat tersebut. amalan menggunakan dua krim istimewa sebagai rutin harian mampu merawat dan menghilangkan jeragat di wajah.
untuk solekan, gunakan concealer ditempat jeragat2 tersebut sebelum menggunakan bedak asas to have look and feel flawless..




Rahsia kecantikan setiap remaja patut tahu


  1. elakkan penggunaan foundation kerana ianya sesuai untuk wanita berkulit matang sahaja. Seeloknya, cela yang terdapat diwajah cover menggunakan concealer. kemudian diikuti dengan tinted moisturiser yang lebih ringan tekstur berbanding foundation tetapi memberikan wajah yang natural looking. diakhiri dengan sapuan loose powder
  2. jangan sesekali menggosok tempat yang diletakkan concealer tapi ditepuk (pat) ditempat cela yang ingin ditutup. ada jerawat? pat litle bit of concealer on it to cover
  3. pilih samada mahu perhatian pada mata atau bibir. bukan kedua-duanya. jika anda memilih untuk merias mata dengan teknik smokey eye, jadi gunakan warna lipstik yang neutral / lembut supaya tidak kelihatan seperi clown. jangan sesekali menggaris bibir dengan warna yang lebih gelap dari lipstik atau gloss.less is more..apa yang anda perlukan di saat muda remaja ini ialah, concealer yang bagus utk cover jerawat atau blemishes yang ada, mascara dan lip gloss. itu sahaja sudah cukup untuk menyerlahkan lagi keremajaan anda. tentu anda tidak mahu kelihatan tua dari usia anda kan..
  4. jerawat?? biasa la tu..jadi apa yang anda harus lakukan ialah menggunakan produk yang sesuai untuk kulit dan usia anda yer
  5. sunscreen creme jangan sesekali anda lupakan. jadikannya rakan baik anda setiap masa di mana sahaja anda berada. dengan penjagaan wajah yang baik, tentu anda akan kelihatan cantik walau sudah berusia emas.. kulit wajah yang cantik bermula dari usia muda, itu yang anda perlu ingat selalu yer

apa sekalipun, yang penting anda sentiasa yakin pada diri dan kemampuan anda..di usia begini, anda perlu menikmatinya seoptimum yang mungkin dan selamat bergembira!!

Bibir kering



Impian mempunyai bibir bak merah delima, menggoda sangat didambakan.. tetapi dengan keadaan cuaca yang panas sekarang ni, mudah sangat bibir kering, luka dan pecah.. kekadang bila senyum je, aduhh pedih terkoyak sikit.

Jadi untuk merawat - mengelak bibir kering dan pecah, beberapa tips dikongsi seperti berikut:

minum air dengan mencukupi..keep hydrating and get good looking :)
melindungi kulit dengan menggunakan lip balm. banyak dijual dikedai-kedai, cuma pilih yang suite dengan diri dan bajet yang ada..janji pakai pelembab bibir, brand apa pun tak apa
elakkan menjilat/menggigit bibir anda..walaupun kering, tapi air liur sebenarnya cepat meresap menyebabkan bibir akan menjadi lebih kering dari sebelumnya.. jika rasa nak jilat je, elok jangan pakai pelembab bibir berperisa..nanti tabiat menjilat bibir akan lebih menjadi-jadi dan mengeruhkan lagi keadaan bibir anda




jika ada sebarang petua yang ingin dikongsi, manjadiri amat mengalu-alukannya..

Masalah kulit kering

Kulit kering selalunya akan mencacatkan penampilan kulit kita terutama sekeliling wajah. Bila pakai foundation/2 way cake, keadaan kulit kering tersebut akan lebih terserlah. Serupa juga dengan bibir yang kering, bila pakai lipstick sure tak cantik kan..

Penyebab kulit kering antaranya kerana:
  • genetic
  • kekurangan vit a dan b dalam kulit
  • ekzema
  • sentiasa dalam aircond
  • kesan pengambilan ubat
Cara menjaga kulit kering
  • jangan kerap membasu muka dgn air paip sebab kondisi dlm air paip tidak sesuai dgn kulit kering dan akan mengeruhkan lagi keadaan kulit
  • jangan sesekali guna hot water.gunakan air bertapis seperti mineral water setiap kali membasuh muka
  • jangan menggunakan tuala yang bertekstur kasar utk mengesat wajah
  • utk melembabkan wajah,spray dgn mineral spray
  • jangan skip moisturiser setiap kali lepas membasuh wajah kerana ia berfungsi utk mengembalikan kelembapan wajah selepas dicuci
Cuci wajah anda menggunakan pencuci yg mempunyai ph yang seimbang. double clease wajah anda dgn milk cleanser akan mengurangkan rasa ketegangan wajah selepas dicuci.
Massage wajah dgn lembut di waktu malam menggunakan krim malam yang sesuai dgn kulit. Tidak ketinggalan, krim mata juga perlu untuk melambatkan kewujudan kedutan di sekeliling mata. Ambil maklum, bermula dari umur 25 tahun ke atas, bhg mata perlu di jaga dengan baik memandangkan ia kawasan kulit yang sgt nipis dan mudah berkedut.

Homemade cleanser untuk kulit kering:


1 biji kuning telur
1 sudu teh minyak zaitun
1 sudu teh jus oren
beberapa titik air mawar
beberapa titik jus limau

campurkan kesemua bahan di atas dan jadikan amalam mencuci muka dengan homemade cleanser tersebut

Homemade Mask:

1 biji telur
1 sudu teh madu
setengah sudu teh minyak zaitun
beberapa titik air mawar

campurkan kesemua dan jadikan sebagai mask wajah anda.utk kesan yg optimum apply 2 kali dalam seminggu


Sebulan sekali, dapatkan rawatan sauna wajah dan badan berasaskan herba seperti cammomile, lavender, sweet almong iol, grapeseed oil etc..



bulu mata pelesu??





bagaimana untuk mendapatkan bulu mata yang hitam, lebat dan menggoda macam rozita che wan? pakai bulu mata pelesu macam dia ker?



ok, kali ni manjadiri nak kongsi tips macam mana nak dapatkan bulu mata yang lebat dan cantik seterusnya dapat mengubah penampilan wajah kita. dengan hanya pandangan mata yang menawan, ina percaya mampu untuk menawan hati sesiapa sahaja :)



anda DIWAJIBKAN memiliki mascara, pelintik bulu mata dan penggaris mata..dengan 3 peralatan ini anda tidak memerlukan penggunaan bulu mata palsu untuk mendapatkan mata yang besar, galak dan bulu mata yang lebat memikat.



penggaris mata merupakan stuff yang sangat berguna kepada kita yang inginkan solekan mata ala-ala timur tengah. tengok saja mata mereka yg menggoda di sebalik purdah tu pun dah cukup terbayang-bayang kecantikannya. mata perlu dioles dengan eyeliner terlebih dahulu sebelum memakai mascara. ada beberapa jenis eyeliner.ina sendiri suka menggunakan eyeliner jenis krim dan disapu menggunakan berus khas.


*nantikan entry mengenai tutorial solekan mata cara timur tengah dan tutorial cara pengunaan eyeliner jenis krim tersebut..


untuk produk kecantikan yang murah namun berkualiti, manjadiri mengesyorkan penggunaan mascara keluaran giffarine iaitu:

crystalline waterproof mascara yang berharga RM22.00,VIP manjadiri RM16.50
ianya mampu menambah 'volume' kpd bulu mata kita menjadikannya lebat secara semulajadi



glamorous perfect 3D waterproof yang berharga RM53.20, VIP manjadiri RM39.90




Mascara ini direka khusus untuk melebatkan bulu mata dalam cara 3D dgn black powder dan carbon black yang memberi kilauan warna hitam untuk membentuk mata menjadi lebih besar dan menyerlah. Di samping itu mascara ini kekal sepanjang hari walaupun berhadapan dengan kelembapan dan panas terik matahari.


Ia juga senang ditanggalkan dengan air suam atau Crystalline Eye Make Up Remover.
utk mata org asia(warna asli anak mata iaitu coklat gelap/hitam), disarankan menggunakan mascara berwarna hitam.untuk mengatasi masalah bulu mata yang pendek, nipis dan kurang (ina sendiri mengalami masalah bulu mata yang agak kurang jumlahnya), pemakaian beberapa lapis mascara adalah digalakkan tapi perlu praktis selalu bagi mengelakkan ianya kelihatan berketul-ketul.

menurut web epinions.com, pelentik bulu mata yang terbaik di pasaran ialah drpd keluaran Shu Eumura. eyelash curler sgt penting untuk mendapatkan effect bulu mata yang lentik(bagi yg dilahirkan berambut kerinting sgt bertuah sebab bulu mata dah lentik secara semulajadi) cuma ina tak pasti berapa harganya sekarang ni..



dengan tips ini diharapkan anda semua berjaya mencapai misi mendapatkan bulu mata lebat, hitam dan menggoda tanpa perlu memakai bulu mata palsu :D

Wednesday, November 2, 2011

10 minutes make up




mata:
  • pilih golden shade dan sapu ke seluruh kelopak mata sehingga ke tulang kening. get the eyshadow heavier di kawasan yang ada anak panah (lash line area) dan kurangkan kepekatan warna ke arah atas hingga ke kening anda
  • sapu eyeliner coklat gelap
  • utk menampakkan soft&smudge-look, gunakan Q-tip atau berus di kawasan lash line tersebut



pipi:
  • natural look, senyum dan sapu creamy/powder blusher di kawasan apple of the cheeks
  • blend dengan baik ke arah garis rambut


bibir:


  • pilih shade pink dan sapukan ke seluruh bibir
  • takyah apply lip liner
  • utk menambahkan kesegaran, calit sedikit lip gloss dan kemaskan menggunakan jari manis/kelingking


siap, tak caya 10 min? try dulu..takleh juga, jemput ke manjadiri home beauty salon utk belajar sesama teknik make up tersebut yer

basic brush make up

entry kali ni memperkenalkan brush make up yang basic untuk kegunaan harian..selalunya mana2 make up class will include this lesson too :)
make up mata:
blending brush ni utk blend eyshadow for softer look

shadow brush ni utk apply warna asas ke seluruh kelopak mata

angled brush ni untuk apply eye shadow di hujung kelopak mata hingga ke tengah kelopak mata utk wujudkan ilusi kelopak mata dengan shade yang lebih gelap
mascara brush ni pula digunakan selepas kita sapu mascara untuk separate dan mengemaskan lagi bulu mata. tip: kalau mascara dah habis, jgn dibuang berusnya so jimat kos daripada kena beli berus mascara ni.


eyebrow brush ni digunakan selepas kita apply eyebrow pencil..tujuannya utk blend dengan baik dan kening terbentuk dgn kemas with natural look


untuk pipi:

terdapat 2 jenis berus digunakan iaitu large powder brush dan contour brush. large powder brush digunakan untuk apply loose powder and dust extra powder off. contour brush pula lebih kecil dan digunakan untuk apply blusher. tip: senyum then apply blusher tu yer..

pic di atas ialah berus keluaran estee lauder yang manjadiri gunakan sewaktu make up kan pelanggan, berusnya sangat lembut dan gebu..creating a flawless look..highly recommended
lipstick brush pula seperti biasa untuk apply lipstick dan memastikan sapuan lebih kemas dan tak keluar dari line bibir

 

p/s: semua pic di atas diambil dari google memandangkan manjadiri tak de koleksi gambar berus2 yg digunakan oleh manjadiri

Tuesday, November 1, 2011

Beauty Tips for 01/11/2011


Keeping an ample supply of water in the body is one of the best 

and simplest secrets for moisturized skin, and this can only be 

achieved when you follow the required amount of water intake

Adding a skin moisturizer would greatly enhance your face, and 

every inch of your skin.



ina sendiri susah nak minum air secukupnya walaupun ternyata ia baik untuk kulit..

jadi setiap 2 jam ina akan spray muka dengan aquara essence spray ni sewaktu di opis 

automatik wajah yang berminyak segar kembali dan membantu memastikan kulit wajah sentiasa kelihatan sihat dan paling penting make up long lasting ^_^


stokis giffarine yang paling dekat ialah di Kajang, berhampiran dengan Giant Kajang.. guna jer number ahli ina 150000471 adlina nasmi untuk mendapat discount 25% dari harga sebenar.

Sunday, October 9, 2011

Hola Gorgeous


jemput makan gojes2 semua ^_^

salam aidilfitri daripada manjadiri
berita baik 
tak lama lagi manjadiri akan beroperasi seperti biasa
dengan beauty service yang baru
lebih menarik
dengan harga yang masih ekonomi

seperti rawatan resdung
rawatan kulit kusam
rawatan untuk kulit menegangkan kulit
rawatan badan yang lebih mengancam
dan pelbagai lagi

manjadiri dalam proses menaik taraf
tambah aircond supaya lebih nyaman
dengan kemasan dalaman yang lebih menarik

khas buat tetamu manjadiri
yang tak jemu-jemu menelefon dan sms
bertanyakan perkembangannya

untuk mendapatkan latest informasi daripada manjadiri
follow melalui email anda
dengan submit email di petak atas di kanan blog ini

masih belum terlewat untuk ina ucapkan
salam aidilfitri
maaf zahir dan batin

*****

tak sabar dah nak mulakan balik..dah gatal2 tangan ni nak facial n scrub badan
hihi

P/S: kepada yang baru tiba di blog ini, utk pengetahuan kalian, ina terpaksa hentikan operasi perniagaan kerana mengikuti kursus selama 35 minggu 


Wednesday, September 7, 2011

kulit licin dalam 3 hari dengan 3 rutin


berhenti guna produk-produk sedia ada, betul!! berhenti sepenuhnya segera! memang sesetengah produk tu kalau stop, muka akan jadi lagi terukkan..tapi jangan risau, selepas ni akan di ajar rutin-rutin yang membantu utk dapatkan kulit bersih dalam masa 3 hari jer..

langkah 1 cuci muka dengan lembut tanpa scrub yer..hanya basahkan muka,letak buih dan billas. guna pencuci muka sahaja, pilih pencuci yang menggunakan bahan semulajadi dan lembut dengan kulit muka. disarankan guna produk seperti di bawah:

 
Pattrena acne facial foam
RP: RM31.00, VIP manjadiri: RM23.25
Honey Facial Bar
RP: RM11.90 VIP manjadiri: RM8.93
Granada (buah delima) Facial Foam
RP:RM32.50 VIP manjadiri:RM24.38

Honey Cleanser
RP:RM22.50 VIP manjadiri RM16.88


langkah ke-2 ialah membuat pes campuran daripada baking soda dan air..kepekatan pes tu lebih kurang macam ubat gigi kita..urut perlahan-lahan seluruh muka selama 15-20 saat dan bilas.

baking soda (serbuk penaik) adalah agen terbaik dan murah untuk melawan bakteria jenis candida iaitu penyebab utama masalah jerawat. Oleh itu, penggunaan pes tersebut dalam sehari sebanyak 2 kali akan menolong menyingkirkan jerawat secara keseluruhan..

langkah ke-3 dan terakhir, keringkan muka dengan tuala bersih
Itu sahaja..

Lakukan rutin-rutin tersebut pagi, petang, malam..lagi bagus tiap kali nak ambik air sembahyang tu buat jugak so 5 kali..Sure anda akan terpegun dengan hasilnya :)





get this widget