A home based beauty salun cater those who seek for personal beauty skin touch

We welcome you to feel the new experience with us
sms to 016-461 4667 (INA) for your beauty appointment

Thursday, December 15, 2011

bulu mata pelesu??





bagaimana untuk mendapatkan bulu mata yang hitam, lebat dan menggoda macam rozita che wan? pakai bulu mata pelesu macam dia ker?



ok, kali ni manjadiri nak kongsi tips macam mana nak dapatkan bulu mata yang lebat dan cantik seterusnya dapat mengubah penampilan wajah kita. dengan hanya pandangan mata yang menawan, ina percaya mampu untuk menawan hati sesiapa sahaja :)



anda DIWAJIBKAN memiliki mascara, pelintik bulu mata dan penggaris mata..dengan 3 peralatan ini anda tidak memerlukan penggunaan bulu mata palsu untuk mendapatkan mata yang besar, galak dan bulu mata yang lebat memikat.



penggaris mata merupakan stuff yang sangat berguna kepada kita yang inginkan solekan mata ala-ala timur tengah. tengok saja mata mereka yg menggoda di sebalik purdah tu pun dah cukup terbayang-bayang kecantikannya. mata perlu dioles dengan eyeliner terlebih dahulu sebelum memakai mascara. ada beberapa jenis eyeliner.ina sendiri suka menggunakan eyeliner jenis krim dan disapu menggunakan berus khas.


*nantikan entry mengenai tutorial solekan mata cara timur tengah dan tutorial cara pengunaan eyeliner jenis krim tersebut..


untuk produk kecantikan yang murah namun berkualiti, manjadiri mengesyorkan penggunaan mascara keluaran giffarine iaitu:

crystalline waterproof mascara yang berharga RM22.00,VIP manjadiri RM16.50
ianya mampu menambah 'volume' kpd bulu mata kita menjadikannya lebat secara semulajadi



glamorous perfect 3D waterproof yang berharga RM53.20, VIP manjadiri RM39.90




Mascara ini direka khusus untuk melebatkan bulu mata dalam cara 3D dgn black powder dan carbon black yang memberi kilauan warna hitam untuk membentuk mata menjadi lebih besar dan menyerlah. Di samping itu mascara ini kekal sepanjang hari walaupun berhadapan dengan kelembapan dan panas terik matahari.


Ia juga senang ditanggalkan dengan air suam atau Crystalline Eye Make Up Remover.
utk mata org asia(warna asli anak mata iaitu coklat gelap/hitam), disarankan menggunakan mascara berwarna hitam.untuk mengatasi masalah bulu mata yang pendek, nipis dan kurang (ina sendiri mengalami masalah bulu mata yang agak kurang jumlahnya), pemakaian beberapa lapis mascara adalah digalakkan tapi perlu praktis selalu bagi mengelakkan ianya kelihatan berketul-ketul.

menurut web epinions.com, pelentik bulu mata yang terbaik di pasaran ialah drpd keluaran Shu Eumura. eyelash curler sgt penting untuk mendapatkan effect bulu mata yang lentik(bagi yg dilahirkan berambut kerinting sgt bertuah sebab bulu mata dah lentik secara semulajadi) cuma ina tak pasti berapa harganya sekarang ni..



dengan tips ini diharapkan anda semua berjaya mencapai misi mendapatkan bulu mata lebat, hitam dan menggoda tanpa perlu memakai bulu mata palsu :D

No comments:

get this widget