A home based beauty salun cater those who seek for personal beauty skin touch

We welcome you to feel the new experience with us
sms to 016-461 4667 (INA) for your beauty appointment

Thursday, July 29, 2010

Masalah eye bag & dark circle


Masalah betul la bila eye bag (EB) dan lingkaran hitam bawah mata (DC) mula menyerang..Ina sendiri mengalami masalah yang sama tau..

EB dan DC ni kalau dah start ada, susah betul la nak hilang kecuali kita rajin buat rawatan di salun dan juga rawatan sendiri di rumah

EB dan DC ni bukan sahaja menyebabkan muka kita nampak kusam dan tidak bermaya, malah kita nampak tua dari usia, ish bab tu ni memang tak leh blah arrr..sensitip! hehe biasa la perempuan kan..orang laki pulak katanya lagi tua lagi mahal, katanya lahhhhhhhh..tapi ye ke?? kih...kih..kih..

Meh nak list tabiat harian kita yang kita tak sedar menyebabkan EB dan DC ni bermaharajalela


1.Tidur
dilema utama yg dialami oleh hot mummy ibu muda dan yang ada anak kecil..terpaksa berjaga malam dan tidur-tidur ayam saja. inilah yang dinamakan pengorbanan..iaitu mengorbankan masa rehat yg paling utama dan insya allah mendapat balasan yang baik dariNya

tapi, kalau ada peluang, tidurlah dengan cukup sebab masa tidur ni kulit kita terutamanya bahagian muka repair itself. kandungan PH pada waktu malam juga berbeza menyebabkan krim anti penuaan sangat mudah diserap ke dalam kulit.

bila tidur tak cukup, lingkaran gelap bawah mata dan eye bag pun bercambah dengan sihatnya..

2.Tenung monitor 
hehe ni common 'mistake' yang terpaksa dihadapi oleh wanita2 bekerjaya nih..Jadi, rajin2 la tanam indoor plant dan buat senaman mata

selain menyebabkan masalah EB dan DC ni, ianya juga menyebabkan power mata ni bertambah2..adeh..lagi tebal la spek mata cheq!

3.Gosok mata
haha..ni pun ina selalu 'terbuat' terutama bila mata dah gatal, masuk habuk dan pakai contact lense lebih masa..bila mata rasa kering mula la terkedip-kedip mata tu n jari jemari pun ralit la dok gosok pi mai pi mai

amalan gosok mata ni selalu jugak terjadi bila nak remove eye make up terutama sekali bila nak remove mascara.

bukan tak tau, tapi buat jugak..kulit area mata ni sgt la nipis..sapa penah dok cucuk collagen ke botox ke area mata ni mesti tau 'kesedapan' jab kat area mata compare area pipi dan lain2 tempat yang banyak isi. kawasan mata ni la yang nak berkedut dulu bila ada fine wrinkles..

jadi agak2 tangan nak naik ke mata tu cepat2 bayangkan muka dengan kedutan2 bagai..confirm tak jadi nak gosok


4.Minum air lebih pun tak elok jugak
Sebelum tidur atau sejam sebelum tidur elakkanlah dari minum air. Ni pun antara punca formation of EB dan DC.

5.Period
Perasan dak, masa period ni lagi la mudah EB berlaku. Ni common sebab perubahan hormon dalam badan berlaku.

6.Suka makanan masin
Salt tooth ni ialah ina! memang suka masin, especially kalau buat sayur campur..ni lah penyebab utama juga berlakunya EB. Jadi sejam sebelum tidur jangan dah makan jajan atau supper makanan yang masin2 yer..


Tips mudah untuk merawat sendiri EB dan DC:

1. Sejukkan sudu
Masukkan sudu dalam freezer for 15 minutes, then pejam mata..letak belakang sudu yang dah sejuk tu di kawasan mata. Buat selalu ye, insya allah DC tu makin faded dan EB makin kurang.

2.Urut kawasan mata
Guna jari manis, tap kawasan EB tu untuk loosen fluid under ur eyes.

3.Letak tea bag/timun
Seelokknya tea bag/timun yang sejuk di kawasan mata..elok letak time tidur. Kandungan dalam teh dan timun tu berfungsi untuk mengecilkan pores dan menegangkan kulit serta dapat mengecutkan EB.


****

Manjadiri turut menyediakan rawatan mata secara intensif menggunakan ultrasound machine, OSIM eye massager, eye mask dan eye serum untuk merawat EB dan DC. Maklumat lanjut mengenai rawatan mata ni boleh lawati page rawatan mata


Friday, July 16, 2010

Produk kecantikan yang diharamkan tahun 2008 - 2010

AMARAN DARI BIRO PENGAWALAN FARMASEUTIKAL KEBANGSAAN

PEMBATALAN NOTIFIKASI PRODUK KOSMETIK ATAS ISU CAMPURPALSU

Para pengguna dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan terlarang, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.

Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.

Tahun 2010

Bil Nama produk No. notifikasi (NOT) Bahan kimia yang dikesan
1 NV Toner Treatment No 1 NOT05010130KE Hydroquinone & Tretinoin
2 NV Toner Treatment No 2 NOT05010129KE Hydroquinone & Tretinoin
3 Zara Rejuvenation Cream NOT04081873KE Hydroquinone
4 Beauty Line Beautitude Multi-Purpose Cream NOT081201209K Tretinoin
5 Pigmentation Recovery Complex NOT081200745K Tretinoin


Tahun 2009

Bil Nama produk No. notifikasi (NOT) Bahan kimia yang dikesan
1 Felisa Gentle Peeling Solution NOT07080210KE Tretinoin
2 Krim Malam Rahsia Rimba NOT080801112K Hydroquinone
3 Biocosmet Whitening Essence Cream NOT07122920KE Hydroquinone
4 ~H2O+ Waterwhite Brightening Night Cream NOT04102838KE Hydroquinone
5 Magixpress Lightening Plus NOT07121009KE Hydroquinone
6 A.Vant Cream NOT05022860KE Tretinoin
7 Eriesya Spa Beauty Cream NOT07122412KE Hydroquinone
8 Natasya Krim Herba NOT07090337KE Hydroquinone & Tretinoin
9 Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya NOT03090150KE Tretinoin
10 Ratna Sari Whitening Night Cream NOT080700826K Tretinoin
11 ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream NOT04082451KE Hydroquinone
12 Chantique - Whitening Night Cream NOT04121404KE Tretinoin


Tahun 2008

Bil Nama produk No. notifikasi (NOT) Bahan kimia yang dikesan
1 Khazanah White Pembersih Wajah NOT05040954KE Hydroquinone
2 Gloskin Krim Malam & Siang NOT05082557KE Hydroquinone
3 Reena's Astringen Lanjutan NOT05010659KE Hydroquinone
4 Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk NOT07020213KE Hydroquinone
5 EETYE Whitening Cream NOT06080859KE Hydroquinone
6 O'Lynn Skin Lightening Cream NOT06110164KE Tretinoin

Senarai ini dikemaskini pada April 2010

Monday, July 12, 2010

DIY lip care



Glossy lip gloss


Ingredients
1 teaspoon grated cocoa butter
1/2 teaspoon coconut oil
1 teaspoon sweet almond oil
1/2 teaspoon beeswax
1 teaspoon aloe Vera gel

Method
If the cocoa butter is solid, you can grate it first using a fine grater. Heat the cocoa butter, coconut oil, almond oil and beeswax together in a double boiler until it melts. Remove it from the heat and stir in the aloe Vera gel. Whisk everything together and pour the mixture into a small, sterilised container and then allow it to cool completely.

Thursday, July 8, 2010

bahaya nescafe 3 in 1

Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan…..

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat

dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini

adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan

8.Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.

9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda

10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.

11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahuaqlam. _,


'sharing is caring.

Tuesday, July 6, 2010

Slimming Body Wrap Promo


tolong klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar
maklumat lanjut, sms ina 016-461 4667
***

Thursday, July 1, 2010

tips diet #2


ni cadangan untuk mengamalkan diet yang sihat

07:00: Mula hari anda dengan segelas air segar, dan secawan teh atau kopi, untuk menguatkan diri di pagi hari. 

8:30-9:00: tau baby carrot?? stimkan dan nikmatinya..sedap sangat


11:00-11:30: Ini boleh apa saja, seperti epal, kiwi, atau semangkuk anggur. 


01:00 - 01:30 P.M: Sudah waktunya untuk lunch. Anda boleh makan ikan atau daging rebus dengan beberapa potong roti berserat dengan 10 gram mentega atau setengah mangkuk nasi


3:30 - 4:00 PM: Anda boleh makan telur rebus dengan keju dan krim. 


6:00-6:30: salad sayuran akan menjadi sangat sempurna untuk  Tambah sedikit garam dan jus lemon untuk perisa. kalau nak lagi sedap cuba buat salad sayuran thai style

 
8:00-8:30 P.M: semangkuk sup yang sihat. Ini boleh apa saja seperti sup ayam, sup jagung manis, dll
  

 Program diet ini mungkin berguna, bagaimanapun, disarankan untuk berunding dengan doktor anda sebelum menggunakan program diet ini yer

mitos aka kepercayaan mengarut : rambut

setiap wanita mahupun lelaki mahukan diri sentiasa kekal menawan
tapi kadang-kadang tu macam-macam pantang larang kedengaran
buatkan kita teragak-agak nak buat sesuatu

***

MITOS 1: kalau cabut 1 uban nanti lagi banyak uban yang akan tumbuh

SEBENARANYA
habit cabut rambut atau selalu orang kata 'rambut gatal' ni tak elok untuk kesihatan kulit kepala dan mengundang banyak masalah terutama masalah keguguran rambut.Walau bagaimanapun, sangatlah mengarut kalau kita pluck satu rambut uban, gengerate lagi banyak uban tumbuh kat kepala kita.

It is possible that, bila 1 uban dicabut ianya berkemungkinan akan menyebabkan another grey hair on its place tumbuh but not more than that.

MITOS 2: kalau hari-hari basuh rambut, rambut akan jadi kering

SEBENARNYA
mitos ni memang sangat popular tau..pastu bila orang nak berjimat shampoo, alasannya sebab takut jadi kering la,rosak lah bla bla bla..

tapi sebenarnya penjagaan rambut ni bergantung kepada jenisnya. kalau jenis mudah berminyak mesti la kena cuci selalu sebab takut kotor dan melekit. lepas tu timbul masalah len pulak, rambut yang berminyak kena dahi, dahi naik jerawat pulak

MITOS 3 : kalau mewarnakan rambut, nanti menyebabkan rambut rosak teruk

SEBENARNYA
hari ni kan banyak hair friendly color kat pasaran yang mana bukan sahaja menambahkan keserian tetapi akan lebih menyihatkan rambut dan menjadikannya bercahaya. Pergi la tanya pakar rambut kalau rasa masih tak percaya ^_^
get this widget