A home based beauty salun cater those who seek for personal beauty skin touch

We welcome you to feel the new experience with us
sms to 016-461 4667 (INA) for your beauty appointment

Showing posts with label produk giffarine. Show all posts
Showing posts with label produk giffarine. Show all posts

Tuesday, April 17, 2012

Body and Face Scrub Manjadiri



Memperkenalkan Body Scrub dan Face Scrub Manjadiri!!!
Selama ni ina gunakan scrub tersebut untuk personal use dan pada pelanggan Manjadiri sahaja..
Tak main la scrub-scrub yang kat market tu kan..hehehe

Nak yang organik aka semula jadi sahajooo
terutama yang face scrub
maklumlah, muka ni hari-hari makeup 
so banyak la kulit mati, kulit kusam, liang roma tersumbat bagai..
kekdahnya dengan face scrub tu, selang sehari gosok kat muka
terus hilang semua masalah-masalah kulit tu..

kulit kering dah jadi normal balik
jerawat-jerawat mengecut
pores pun dah malu-malu nak terbukak luas-luas hihi

dah 28 tahun kau..
tua dah..
kena la prihatin lebih sikit
kulit dah tak segantenggg dulu..

Scrub badan ni diperbuat daripada bahan-bahan *rahsia* berikut:
brown sugar
sweet almond oil
vitamin E
sunflower seed oil
oat
beras pulut

Resepi scrub wajah:
oat
beras pulut
tea tree essential oil
tea tree extract
bicarbonate soda


cara nak guna body and face scrub ni:
basahkan wajah/badan terlebih dahulu
gosok secara membulat di wajah dan di badan bagi menanggalkan sel kulit mati
bilas
lap kering

memandangkan tiada sebarang preservative yang digunakan jadi kena cedok guna sudu
dan elakkan daripada air masuk dalam bekas 
nanti tak tahan lama

anggaran body scrub dalam satu bekas tu untuk sebulan manakala untuk wajah lebih kurang dua bulan
satu bekas plastik macam dalam gambar tu RM25 jer..

kalau nak, kena tempah
sebab ina tak buat banyak-banyak
bagi memastikan kesegaran produk terpelihara..

nak test???
percuma jer
meh manjadiri k!!



Monday, March 5, 2012

Scrub di Manjadiri


Manjadiri jatuh cinta dengan scrub yang diperbuat daripada Oat
Scrub ini sangat efektif dalam menanggalkan kulit mati sambil memberikan efek soothing kepada kulit. Ianya juga amat efektif membersihkan pores, membantu dalam deep cleansing, serta memudahkan  "operasi" removing blackhead and whitehead.
Scrub oat ini dipelbagaikan mengikut jenis kulit dan kawasan scrub samada di badan mahupun di wajah

Scrub favorite Manjadiri:

Oat with Honey
Oat with Citrus 
Oat with Baking Soda
Oat with Brown Sugar
Oat with Glutinous Rice

Selain itu Manjadiri juga sangat selesa menggunakan krim peeling daripada Giffarine iaitu 
Exfoliating Massage Lotion 
way effective in helping to remove dead skin cell dan memberikan kecerahan serta merta walaupun hanya selepas sekali penggunaan

Manjadiri juga menggunakan garam mineral bersama ekstrak bunga rose sebagai salah satu scrub kegemaran Manjadiri yang turut dikongsi bersama dengan pelanggan-pelanggannya..

Walau apa juga jenis scrub yang anda gunakan, amalan scrub wajah 2 - 3 kali seminggu amat berkesan dalam membantu kulit untuk 'bernafas' terutama sekali jika kerap menggunakan make up.. Cuma pastikan scrub tersebut tidak terlalu kasar untuk kulit kerana menyebabkan iritasi serta radang.. Jika kulit mengalami kesan keradangan, dinasihatkan supaya menyapu krim aloe vera ke wajah..






Thursday, February 23, 2012

Promosi Bulan Februari Hingga Mac


Sudah menjadi adat resam Manjadiri
tiap-tiap bulan mesti wat 'kenduri'

hehe
nak inform semua 
untuk promosi bulanan dari bulan Februari hingga Mac
setiap pelanggan Ultrasonic Brightening Facial akan menerima
rawatan BIOCILIN EYE PLUS ESSENCE bersama aplikasi ULTRASONIC WAVE 
serta aplikasi BRIGHTENING COOL EYE ROLLER
secara percuma setiap kali menerima rawatan wajah tersebut

hubungi adlina 016 461 4667 untuk appointment ^_^



Friday, December 16, 2011

SPF, sunscreen, sunblock

Hari ni nak buat entry tentang sunscreen that commonly known as sun cream or sunblock juga nak sentuh tentang kadar SPF dalam satu-satu sunscreen



Perlu ke kita guna sunscreen?Ya! kulit kita sangat memerlukan perlindungan daripada sinaran matahari yang semakin hari semakin terik pancarannya memandangkan lapisan ozon yang makin menipis.

Perlindungan yang diberikan adalah untuk mengelakkan sinaran UV yang antara lain penyebab utama jeragat(freckles) dan lebih teruk kalau kena kanser kulit.
Bila dah mula kena jeragat, susah tau nak hilangkannya..kena wat facial kerap, kena pakai produk yang boleh cater jeragat etc..semua tu memerlukan $$$ yang banyak.
ina pernah post pasal jeragat ni, 



klik http://manjadiri2010.blogspot.com/2010/03/masalah-jeragat-freckles.html


Oleh itu, pakailah yer perlindungan..


*****

 Apa beza sunscreen dengan sunblock?




Sunblock
Ia lebih 'tebal','pekat' dan 'kuat' untuk block sinaran UVA/UVB dan radiasi dari matahari.Penggunaan sunblock ni memadai sekali sapuan sahaja untuk tujuan perlindungan.Kondisi sunblock ni selalunya agak berminyak berbanding sunscreen.


Sunscreen
Ia lebih transparent dan dapat memberikan perlindungan seperti mana sunblock. Cuma kondisisinya yang lebih 'ringan' memerlukan sapuan beberapa kali dalam sehari dan kandungan SPF yang diperlukan perlu lebih tinggi berbanding jika menggunakan sunblock.

SPF, lagi tinggi lagi bagus ker?

Daripada sumber pembacaan, sunscreen yang ada SPF 30++ memberikan perlindungan dalam 97% manakala SPF 15++ memberikan perlindungan 95%



Bagaimana untuk memilih samada menggunakan sunscreen atau sunblock dengan kadar SPF yang sesuai?


Lihat keperluan masing-masing.
Jika anda berjemur, ke pantai, ke taman tema, swimming, jogging dan aktiviti-aktiviti seumpama contoh tersebut, disarankan untuk menggunakan sunblock dengan spf 30 atau 50 atau lebih mengikut tempoh masa anda berada di luar.

*lebih lama anda perlu berjemur, lebih tinggi SPF diperlukan
*jangan salah tafsir, lebih tinggi SPF tidak bermakna lebih banyak protection diterima

Jika untuk kegunaan harian, gunakan suncreen kerana sesuai nak apply beberapa kali dan kurang berminyak. Selalunya suncreen comes 2 in 1 dengan moisturiser.






cuba cari buku ni..





antara produk giffarine yang mengandungi SPF yang sesuai dengan kulit kita dengan harga yang sangat ekonomi


Pic from internet. Produk ni sangat sesuai untuk kulit remaja. Good for protection from sun rays and whitening purpose
Untuk VIP manjadiri, sila tolak lagi 25% dari harga dalam gambar. Sila kira sendiri sebab kalau saya tolong kirakan, anda tentu tak percaya dengan harganya hihi



Yang ni moisturiser a.k.a day cream yang mengandungi sunscreen yang disapu selepas pakai miracle fluid a.k.a penyegar. Best sebab murah, ada perlindungan SPF22 dan bertujuan untuk mencerah
VIP manjadiri dapat harga RM20.70




whitening night cream ni geng dengan suncreen di atas.. sesiapa nak mencerahkan kulit wajah elok sapu night cream ni lepas pakai penyegar di waktu malam
Harga dia, sory lupa lah..nanti ina update semula tapi confirm tak lebih dari RM30




Ini ialah Superman eh bukan
SUPER SUNBLOCK SPF99
best wooo bila p swimming, tak burn
kalu berminat leave me a comment for special price =D





Oklah, diharapkan entry kali ni dapat merungkai sebarang pertanyaan berhubung suncreen, sunblock dan SPF. Thanks =D

Tuesday, November 1, 2011

Beauty Tips for 01/11/2011


Keeping an ample supply of water in the body is one of the best 

and simplest secrets for moisturized skin, and this can only be 

achieved when you follow the required amount of water intake

Adding a skin moisturizer would greatly enhance your face, and 

every inch of your skin.



ina sendiri susah nak minum air secukupnya walaupun ternyata ia baik untuk kulit..

jadi setiap 2 jam ina akan spray muka dengan aquara essence spray ni sewaktu di opis 

automatik wajah yang berminyak segar kembali dan membantu memastikan kulit wajah sentiasa kelihatan sihat dan paling penting make up long lasting ^_^


stokis giffarine yang paling dekat ialah di Kajang, berhampiran dengan Giant Kajang.. guna jer number ahli ina 150000471 adlina nasmi untuk mendapat discount 25% dari harga sebenar.

Friday, October 7, 2011

Rawatan kecantikan di Manjadiri



Gorgeous semua!!
This is my new broucher for manjadiri

Klik on da pic itself for bigger size 

So start on now, this is da latest services offer by Manjadiri 
which da services updated wif new beauty regimes and more economic compare previous offer..

Do follow me and subscribe manjadiri for any latest update and promotions 

Insya allah with the new services, new lower prices  and new beauty regimes,
Manjadiri Home Beauty Salon guaranteed that you will be satisfy with every ringgit you paid for


Wednesday, September 7, 2011

kulit licin dalam 3 hari dengan 3 rutin


berhenti guna produk-produk sedia ada, betul!! berhenti sepenuhnya segera! memang sesetengah produk tu kalau stop, muka akan jadi lagi terukkan..tapi jangan risau, selepas ni akan di ajar rutin-rutin yang membantu utk dapatkan kulit bersih dalam masa 3 hari jer..

langkah 1 cuci muka dengan lembut tanpa scrub yer..hanya basahkan muka,letak buih dan billas. guna pencuci muka sahaja, pilih pencuci yang menggunakan bahan semulajadi dan lembut dengan kulit muka. disarankan guna produk seperti di bawah:

 
Pattrena acne facial foam
RP: RM31.00, VIP manjadiri: RM23.25
Honey Facial Bar
RP: RM11.90 VIP manjadiri: RM8.93
Granada (buah delima) Facial Foam
RP:RM32.50 VIP manjadiri:RM24.38

Honey Cleanser
RP:RM22.50 VIP manjadiri RM16.88


langkah ke-2 ialah membuat pes campuran daripada baking soda dan air..kepekatan pes tu lebih kurang macam ubat gigi kita..urut perlahan-lahan seluruh muka selama 15-20 saat dan bilas.

baking soda (serbuk penaik) adalah agen terbaik dan murah untuk melawan bakteria jenis candida iaitu penyebab utama masalah jerawat. Oleh itu, penggunaan pes tersebut dalam sehari sebanyak 2 kali akan menolong menyingkirkan jerawat secara keseluruhan..

langkah ke-3 dan terakhir, keringkan muka dengan tuala bersih
Itu sahaja..

Lakukan rutin-rutin tersebut pagi, petang, malam..lagi bagus tiap kali nak ambik air sembahyang tu buat jugak so 5 kali..Sure anda akan terpegun dengan hasilnya :)





Saturday, November 6, 2010

Giffarine order - wani

Check list -

  • crystalline foundation stick 
* to be paid later by mbb
* pass by hand to Sal
* requested to receive before Raya Haji

Giffarine order - nott

Check list -

  1. Crystaline foundation stick
  2. Glamorous beauty purifying cleansing foam
  3. Whitiss whitening sunscreen cream
  4. Glamorous spot corrector
  5. Renewal EQ10 night cream
*post to Penang
*magic scarf
*paid

giffarine order - wati

Check list -

  1. Miracle fluid
  2. Glamorous facial cream cleanser
  3. Glamorous UV defense SPF 50++
  4. Renewal E-Q10 night cream
  5. Glamorous spot corrector
  6. Glamorous wipe off lotion
*requested to be Giffarine's member - RM35 membership fee whole life

Thursday, November 4, 2010

3 pilihan set jeragat

salam khamis..mesti ramai yg dh bercuti prepare nak balik kampung..family ina dari jitra akan datang ke sini..masih trauma dengan banjir yg sedang melanda..

berbalik kepada tajuk entry, ina nak share pilihan-pilihan yang boleh dibuat oleh pelanggan yang ingin mencuba set jeragat giffarine mengikut bajet sendiri


*************************


set jeragat pertama terdiri daripada premium product giffarine iaitu glamorous yang terbukti berkesan dengan penggunaan yang betul

kulit jadi lembut,anjal dan cerah sekata dalam masa 3 minggu dan perubahan secara total boleh dilihat setelah menggunakannya secara konsisten selama 3 bulan

ina sendiri menggunakan products rangkaian glamorous ini sebenarnya dan alhamdulillah sejak ina pakai dari bulan november tahun lepas, sekarang ni ina tak perlu risau lagi kalau tak bersolek sebab kulit dah sihat dan takde cela di wajah

set premium ini terdiri daripada:
glamorous facial cream cleanser
glamorous uv defense spf 50++
miracle fluid
dramatic exfoliating lotion
glamorous wipe off
glamorous spot corrector

harga satu set: RM279.40
ina bagi 10% diskaun so jadi RM251.50




untuk set jeragat kedua terdiri daripada rangkaian product whitiss yang harganya lebih ekonomi namun ianya juga berkualiti

selain glamorous, ina juga menggunakan pencuci dan pelembab dari rangkaian whitiss ini. sebagai beautician, ina perlu mencuba dahulu product giffarine sebelum yakin mengedarkannya dan ina berpuas hati dengan rangkaian product whitiss ini

set jeragat kedua terdiri daripada:
whitiss facial foam
whitiss suncreen cream
miracle fluid
dramatic exfoliator cream
whitiss spot corrector

harga satu set :RM187.90
setelah diskaun 10% : RM169.11





option ketiga ialah menggabungkan whitiss dan glamorous, ina rasa option ini yang terbaik, jimat dan juga berkesan

whitiss whitening facial foam
whitiss sunscreen cream
miracle fluid
dramatic exfoliator cream
glamorous wipe off
glamorous spot corrector

harga option ketiga: RM249.50
setelah diskaun 10%: RM224.55



jadi sekarang ada 3 pilihan produk terbaik giffarine untuk merawat jeragat
sekiranya tinggal berdekatan putrajaya/puchong/bangi/kajang/nilai, ina boleh hantar secara percuma.

Saturday, October 30, 2010

set jeragat giffarine

salam buat si gadis yang sms ina bertanya tentang produk giffarine yang sesuai untuk jeragat
berikut merupakan 3 step asas yang diperlukan oleh setiap wajah. produk di bawah sesuai untuk semua jenis kulit.

3 sep asas utama:

langkah pertama - mencuci
kedua - toning
ketiga - melembap

bagi merawat jeragat di wajah:

1: mencuci (whitiss facial foam)

2: sapu glamorous beaute melabright wipe off lotion (scroll ke bwh utk penerangan lanjut)
3:toning (miracle fluid essence)
4:melembap dengan whitiss sunscreen cream
5:sapukan glamorus beaute melabright spot corrector

1st step: cleansing

Ina cadangkan Whitiss Whitening Facial Foam

kondisinya sangat lembut pada kulit dan tidak mengeringkan wajah
penggunaan yang kerap (min 2x sehari) boleh mengembalikan keserian wajah yang kusam

harga runcit: RM 20.70
harga ahli: RM15.53
berat bersih: 85g

atau pun 
cuba produk premium giffarine iaitu 


glamorous beaute purifying facial cleansing foam

pembersih wajah ini dapat:
membersihkan wajah secara mendalam
mengecilkan dan mengatasi masalah liang roma terbuka
buihnya yang sangat lembut pada kulit muka dan melembabkan kulit wajah

dirumus dengan:
enantia chlorantha
radiance CR
vitamin c
coenzym R

ianya membantu mencerahkan kulit muka dan melindungi wajah dari sinaran UV yang merosakkan kulit

harga runcit: RM 39.50
harga ahli: RM29.63
berat bersih: 100g





####



2nd step: toning
 miracle fluid facial treatment essence

ianya tidak mengandungi alkohol dan pewangi seperti mana toner muka yang lain
bahan utamanya ialah Buah Delima, Witch Hazel dan Spirulina

kelebihan menggunakannya ialah:
wajah lembap
liang roma mengecil
kulit kekal anjal
cerah berseri dan kelihatan sihat

harga runcit: RM 69.90
harga ahli: RM52.43
berat bersih: 150g

****


3rd step: melembap


whitiss whitening suncreen cream


sangat berkualiti dan mampu melindungi wajah dari UVA dan UVB
ada agen pemutih asli dan pelembab yang mencerah dan menghaluskan kulit wajah


harga runcit: RM27.60
harga ahli: RM20.70
berat bersih: 40g


****




untuk merawat jeragat, selepas wajah dicuci sapukan glamorous beaute melabright wipe off lotion minimum 2 kali sehari




diformulasi dari BHA, Vitamin E dan pelembab
berkesan mengurangkan kulit kusam, pigmentasi dan bintik-bintik hitam
dapat meningkatkan sel regenaratif iaitu pembaharuan sel yang menjadikan kulit awet muda dan berseri semula

cara menggunakannya:

setelah wajah dicuci dengan bersih, sapukan melabright wipe off lotion ni
hanya di tempat yang berpigment/bintik hitam/jeragat selama 3-5 minit

kemudian sapu losyen tersebut

harga seperti tertera di gambar


****

kemudian pakai miracle fluid essence diikuti dengan whitiss suncreen cream. akhir sekali sapukan wajah dengan glamorous beaute melabright spot corrector di tempat berjeragat

mencerahkan kulit wajah yang kusam kerana pigmentasi di wajah

diformulasi dari Radiance CR yang dapat mencerahkan kulit 
diformulasi dari Allantoin yang membersihkan sel-sel kulit mati

kulit akan kelihatan cerah secara semulajadi dengan pemakaiannya

cara menggunakannya:

selepas wipe off lotion dibersihkan dari kulit wajah, sapu wajah dengan spot corrector ini
atau
selepas memakai pelembab, sapu spot corrector sebelum solekan pada waktu pagi dan malam

harga runcit: RM32.10
harga ahli: RM24.08
berat bersih: 8g

ada satu lagi spot corrector yang lebih murah iaitu whitiss whitening spot corrector 


ekslusif untuk menyamarkan kesan parut jerawat, bintik hitam dan pigmentasi
sama fuction macam melabright spot corrector

harga runcit: RM26.00
harga ahli: RM19.50
berat bersih: 10g



so eza,hopefully artikel ni memberi panduan buat awak
maklumat lanjut, sms ina 016-461 4667 adlina84@yahoo.com

Friday, October 15, 2010

set glamorous - beaute intensive regenerate cream hydro oasis concentrate formulation


ianya krim magic, melembab,menyegar dan memperbaiki struktur kulit
kulit menjadi lebih lembut, licin dan menganjalkan kulit wajah selain mengurangkan garis halus

selain daripada Randiance CR, vitamin C, conenzyme R, ianya juga mengandungi Caviar Extract untuk membantu memulihkan kerosakan kulit 

dapat menyamarkan bintik hitam,pigmentasi dan kesan jerawat ^_^

ina pun guna yang ni juga as pelembab selepas mencuci dan menggunakan penyegar


harga runcit: RM97.00
harga ahli: RM72.75
berat bersih: 40g

sapu seluruh muka dan leher yer, calit sikit je..lama baru habis ni..value for money


set glamorous - beaute purifying facial cleanser foam


pembersih wajah ini dapat:
membersihkan wajah secara mendalam
mengecilkan dan mengatasi masalah liang roma terbuka
buihnya yang sangat lembut pada kulit muka dan melembabkan kulit wajah

dirumus dengan:
enantia chlorantha
radiance CR
vitamin c
coenzym R

ianya membantu mencerahkan kulit muka dan melindungi wajah dari sinaran UV yang merosakkan kulit

personally ina menggunakan pencuci ini. sangat selesa dan muka tak terasa tegang setelah dicuci

harga runcit: RM 39.50
harga ahli: RM29.63
berat bersih: 100g

set glamorous - beaute facial cleanser dan cream SPF 50++

-

rendah :  Glamorous Beaute UV Defense Revitalizing Cream SPF 50++

dirumuskan dari:
- Radiance CR (diperbaharui dari DSM Switzerland), 
- Vitamin C (menambah seri wajah), 
- Coenzyme R (Vitamin H/Biontin)
- Plankton Laut (GP4G), 
- Vitamin E 
- Vitamin B5
- rumusan Parsol MCX 1789
- SPF 50++

krim khas untuk melindungi wajah dari sinaran UV
dengan menggunakannya kulit akan:

- dilindungi dari UVA dan UVB (UVA menjadikan kulit kusam dan berpigmentasi, UVB menggelapkan wajah)
- wajah semakin berseri
- mencerahkan dan menghaluskan kulit dalam masa 8 minggu
- menyeimbangkan tona wajah dari dalam secara sekata 

cara penggunaan:
-setelah wajah dibersihkan dan disapu penyegar, sapukan krim ini sebelum bersolek

harga runcit: RM38.70
harga ahli: RM29.03
berat bersih: 40g

***

tinggi: Glamorous Beaute Facial Cream Cleanse

mengandungi:
-radiance CR yang diperbaharui dari DSM Switzerland
-vitamin C
-campuran Coenzyme R (vitamin H dan Biotin)

dengan menggunakannya:
kulit akan sihat dan bersih serta mencerahkan wajah dalam masa 8 minggu

ianya berkesan untuk membersih muka dan membersihkan solekan dan membuang minyak serta kotoran. teksturnya halus dan lembut di wajah

cara penggunaan:
sapu pembersih pada wajah yang kering dan urut perlahan-lahan kemudian bersihkan dengan kapas muka.akhir sekali bilas.

harga runcit: RM39.50
harga ahli: RM 29.63
berat bersih: 100g



super vitamin E


special krim ni sebab diadun khusus dari khasiat Palm Fruit
sangat berkesan untuk mengurangkan garis halus di wajah, menegangkan kulit dan menghalang proses penuaan pra matang

melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar dan radikal bebas hinga 40-60 kali ganda

teskturnya halus dapat menyerap pantas dan mencerahkan kulit yang berjeragat dan kusam

sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif dan berminyak



harga RM101.20
harga ahli RM75.90
berat bersih 35ml


set jeragat - glamorous beaute melabright spot corrector


mencerahkan kulit wajah yang kusam kerana pigmentasi di wajah

diformulasi dari Radiance CR yang dapat mencerahkan kulit 
diformulasi dari Allantoin yang membersihkan sel-sel kulit mati

kulit akan kelihatan cerah secara semulajadi dengan pemakaiannya

cara menggunakannya:

selepas wipe off lotion dibersihkan dari kulit wajah, sapu wajah dengan spot corrector ini
atau
selepas memakan pelembab, sapu spot corrector sebelum solekan pada waktu pagi dan malam


untuk mendapatkan harga ahli, contact ina 
016-461 4667/adlina84@yahoo.com

renewal E-Q10 night cream


co-enzyme Q10 ni berfungsi mengawal proses penuaan serta kedutan di mata, dahi dan leher
sangat menjimatkan kerana tak perlu beli krim mata kerana ianya boleh disapu dikawasan tersebut

dengan adanya vitamin A dan vitamin E, ia meningkatkan kehalusan kulit wajah 
tidak mengandungi pewangi atau warna tiruan

wajah nampak lebih muda
kawasan mata lebih segar dan mengurangkan sembap, lingkaran gelap dan lebam
kulit di kawasan mata kekal tegang

sangat sesuai untuk kulit sensitif dan kering

harga RM55.50
harga ahli RM41.63
berat bersih 30g

gunakan pada waktu malam setelah wajah dicuci dan memakai penyegar


set jeragat - glamorous beaute melabright wipe off lotion


diformulasi dari BHA, Vitamin E dan pelembab
berkesan mengurangkan kulit kusam, pigmentasi dan bintik-bintik hitam
dapat meningkatkan sel regenaratif iaitu pembaharuan sel yang menjadikan kulit awet muda dan berseri semula

cara menggunakannya:

setelah wajah dicuci dengan bersih, sapukan melabright wipe off lotion ni
hanya di tempat yang berpigment/bintik hitam/jeragat selama 3-5 minit

kemudian sapu losyen tersebut

untuk mendapatkan harga ahli, contact ina 016-461 4667/adlina84@yahoo.com


Wednesday, August 4, 2010

Tips khas untuk pelanggan facial manjadiri


Entry ni khas ditujukan kepada client-client manjadiri yer ^_^
Selalu gegirls tanya ina kan, berapa kerap yang sepatutnya untuk datang buat facial
Jawab ina: bergantung kepada kesihatan kulit wajah tu..kalau bermasalah teruk, datang 2 kali sebulan..kalau muka yang dah ok dan nak maintain, datang 1 bulan sekali

Lepas je facial, muka gegirls semua tentu cerah berseri and terasa anjal
mau nye tak cerah, dah bersih secara  mendalam dan kena massage. 
pastu masuk segala serum,ampoule bagai ^_^

so utk korang maintain kecerahan tu sebab lagi sebulan baru korang nak datang balik buat facial, korang amalkan petua berikut yer:

  • Applying a toner with salicylic acid to slough off the dead cells.
  • Using a weekly clay mask (twice weekly for oily skin) to draw out dirt and excess oil.
  • Gently exfoliating skin by using mild at-home peel that contains alpha-hydroxy acids.

So product yang ina sarankan:

Toner - Miracle Fluid Giffarine
Mask - Joreins Mask by Manjadiri atau Vitamin C Mask by Giffarine
Exfoliating - Dramatic Exfoliate Massage Cream Giffarine


Oraite gegirls, any enquiry just ring me at 016-461 4667 ^_^




get this widget