A home based beauty salun cater those who seek for personal beauty skin touch

We welcome you to feel the new experience with us
sms to 016-461 4667 (INA) for your beauty appointment

Showing posts with label kulit sensitif. Show all posts
Showing posts with label kulit sensitif. Show all posts

Tuesday, April 17, 2012

Body and Face Scrub Manjadiri



Memperkenalkan Body Scrub dan Face Scrub Manjadiri!!!
Selama ni ina gunakan scrub tersebut untuk personal use dan pada pelanggan Manjadiri sahaja..
Tak main la scrub-scrub yang kat market tu kan..hehehe

Nak yang organik aka semula jadi sahajooo
terutama yang face scrub
maklumlah, muka ni hari-hari makeup 
so banyak la kulit mati, kulit kusam, liang roma tersumbat bagai..
kekdahnya dengan face scrub tu, selang sehari gosok kat muka
terus hilang semua masalah-masalah kulit tu..

kulit kering dah jadi normal balik
jerawat-jerawat mengecut
pores pun dah malu-malu nak terbukak luas-luas hihi

dah 28 tahun kau..
tua dah..
kena la prihatin lebih sikit
kulit dah tak segantenggg dulu..

Scrub badan ni diperbuat daripada bahan-bahan *rahsia* berikut:
brown sugar
sweet almond oil
vitamin E
sunflower seed oil
oat
beras pulut

Resepi scrub wajah:
oat
beras pulut
tea tree essential oil
tea tree extract
bicarbonate soda


cara nak guna body and face scrub ni:
basahkan wajah/badan terlebih dahulu
gosok secara membulat di wajah dan di badan bagi menanggalkan sel kulit mati
bilas
lap kering

memandangkan tiada sebarang preservative yang digunakan jadi kena cedok guna sudu
dan elakkan daripada air masuk dalam bekas 
nanti tak tahan lama

anggaran body scrub dalam satu bekas tu untuk sebulan manakala untuk wajah lebih kurang dua bulan
satu bekas plastik macam dalam gambar tu RM25 jer..

kalau nak, kena tempah
sebab ina tak buat banyak-banyak
bagi memastikan kesegaran produk terpelihara..

nak test???
percuma jer
meh manjadiri k!!



Thursday, January 26, 2012

masalah kulit wajah sembuh dengan high frequency




kedua-dua gambar di atas ni ina ambil dari internet, ianya merupakan gambar rawatan facial menggunakan high frequency dalam regime rawatan wajah. ina takde gambar semasa rawatan sebab setiap privasi pelanggan Manjadiri terutamanya ketika rawatan dijalankan perlu dihormati dan dipelihara..

lagipun rata-rata pelanggan ina akan buka baju dan pakai kain yang ina sediakan untuk memudahkan ina mengurut kawasan leher, bahu, dada dan belakang badan ketika facial

berbalik kepada jenis rawatan ini, high frequency sangat berkesan untuk merawat masalah-masalah kulit seperti berikut:
kulit wajah yang berjerawat
liang roma / pores yang terbuka dan jelas 
kulit breakout kerana sangat sensitif
kulit wajah berkedut
kulit mula menunjukkan tanda-tanda penuaan
kulit berminyak
wajah sagging 
jeragat
puffy eyes
dark eye cirles
mengurangkan bulu roma di wajah

jika ada di antara pembaca yang mengalami masalah-masalah seperti berikut, dapatkan rawatan facial di mana-mana salon yang dapat menawarkan servis ini. 



*Pengalaman Ina sendiri menggunakan mesin ini*
ina mengalami masalah kulit yang sangat sensitif terutama di kawasan dahi..
kulit di kawasan dahi ina menjadi merah-merah, kering dan rasa sangat tegang terutama sekali apabila menjelang petang kerana seharian berada di dalam aircond..tetapi alhamdulillah dengan rawatan high frequency yang ina amalkan 3 kali seminggu membantu ina meredakan dan merawat kulit sensitif tersebut. jerawat di dagu dan pipi juga semakin mengecut dan bengkak pun hilang




di Manjadiri Home Beauty Salon, rawatan facial high frequency ini dilakukan setelah wajah selesai diwap dan extraction dibuat..kemudian diikuti dengan rawatan lifting dan brightening menggunakan vacuum serta ultrasound radio wave frequency bersama dengan serum-serum terpilih..eye essence serum, whitening and brightening mask with rose extract disapu ke mata dan wajah..dan diikuti dengan rawatan rutin facial yang lain sehingga selesai..

pelanggan akan dapat merasakan perubahan yang ketara pada kulit wajah setelah rawatan berakhir walau hanya selepas sekali rawatan..
kalau buat selalu lagi bagus..facial amat bagus dilakukan 2 kali seminggu untuk merawat kulit yang bermasalah

rawatan facial lengkap di  Manjadiri hanya berharga RM68.00 sahaja
cuba dahulu..jika tidak berpuas hati, Manjadiri amat mengalu-alukan sebarang komen bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kecantikan di salon kami..


get this widget