hari ni nak kongsi tips untuk stop jerawat dan pada masa yang sama elakkan jerawat yang sedia ada daripada pecah sebab kalau pecah..nanti jadi scar dan kawah2 kat muka.
- Minum air dengan mencukupi untuk melembapkan kulit. Semasa kulit kering, hormon androgen akan mengeluarkan banyak sebum (minyak). Bila muka berminyak, pores kita akan tersumbat dan bila tersumbat mula la jerawat tumbuh.
- Kecutkan jerawat dengan ais kiub. Balut 2 3 biji ais kiub dalam towel kecil dan letakkan di tempat berjerawat 8-10 min. Ianya bertujuan untuk mengurangkan bengkak dan mengelakkan dari jerawat pecah.
- Guna eyedrops. Ia bertujuan untuk mengurangkan kemerah merahan pada kulit yang affected by acne. Titikkan 2-3 drops di tempat berjerawat tersebut.
- Zinc and vitamin c. Makan daging, kekacang dan buahan untuk menguatkan dan memeliharan kulit daripada rosak dan tak cun disebabkan jerawat. Makanan-makanan ini bertujuan untuk jerawat tu cepat baik.
- Kurangkan penggunaan kafein. Kafein ni bagus tapi kalau diambil dalam kuantiti yang banyak, ia boleh mengeringkan kulit dan menyebabkan lebih banyak jerawat tumbuh. Selain tu, kafein meransang semua benda dalam badan kita jadi tidak terkecualilah hormon androgen pun akan diransang oleh kafein tersebut yang menyebabkan lebih banyak sebum(minyak) dikeluarkan.
- Exfoliate your skin. Jika pores kita tersumbat dengan sel kulit mati, minyak, dan bakteria yang menyebabkan jerawat terbentuk.. exfoliation ialah langkah terbaik untuk membuang semua kulit mati sebelum lebih banyak terperangkap dalam pores. Exfoliation will stop a pimple before it starts.
- Walau malas macam mana pun, make up kena dibersihkan sebelum tidur sebab jika tidak, ianya akan menyebabbkan pores makin tersumbat.
- Paling penting, rawat jerawat sebelum ia menjadi semakin teruk.
- Tapi jangan picit jerawat tu yer..Sila ikut tips2 di atas dan 2 minggu sekali atau sebulan sekali sila manjakan diri anda di manjadiri untuk rawatan profesional =D

5 comments:
uwaaa... i need a facial... kulit takde jerawat tapi cam kusam... ank facial sendiri di rumah tak reti... kene facial kat salum pakai mesin baru rasa pueh hati... huhu...
lepas ni kalau ada lesen keter boleh pi manjadiri... :)
la tak del esen lagi?? manjanyaaa cik lady kita nehhhh =D
tp kan kalu ina takde lesen jugak, ina tak nak ambik..nak bertempek dgn cik abe je sokmo kehkehkeh
kita pun sama jugak...kulit xde jerawat tp kusam n byk kulit mati, jeragat, kulit xsekata...mmg teringin nak facial tp jauh la....putrajaya
samalah kiter cik Qaseh...masalah yg sama nie..nanti kiter terjah putrajaya sesama nie..
dah jenuh cari penawar jerawat... akan cuba praktikkan tips2 tu..
Post a Comment