A home based beauty salun cater those who seek for personal beauty skin touch

We welcome you to feel the new experience with us
sms to 016-461 4667 (INA) for your beauty appointment

Monday, December 19, 2011

DIY breast massage with pics





Entry kali ini berkaitan dengan urutan payudara yang boleh dibuat sendiri di rumah..

Urutan ini disarankan dilaksanakan 2 kali dalam seminggu.

Antara kesan yang paling utama ialah dapat menegangkan payudara kita dan juga dapat mencegah pembentukan tumor yang membawa kepada berlakunya barah payudara yang menjadi pembunuh utama kaum wanita.



Langkah 1:

Bermula dari nipple, guna 3 jari seperti dlm rajah 1

Dari tengah, urut perlahan-lahan ke luar payudara

Pastikan breast telah disapu minyak urut secukupnya

Ingat, guna tekanan yang lembut seperti mana anda mengurut kawasan mata

Untuk mendapat kesan yang optimum, massage real slow k..



Langkah 2:

Urut menggunakan teknik memicit

Angat dan picit perlahan-lahan sekeliling payudara seperti rajah 2



Langkah 3:

Step kali ni cuba pusing ikut dan lawan jam

tapi ingat, buat perlahan-lahan dan jangan put pressure too much



Langkah 4:

Letakkan ke dua belah tapak tangan di sisi
Gerakkan tangan ke bawah bagi membolehkan jari jemari mengurut sisi payudara
Lakukan perlahan-lahan untuk memastikan kawasan aerola dan nipple tidak terkena semasa teknik ini dilakukan coz it can spoil the nipples shape

Tips:
Untuk mendapatkan payudara yang tegang, bulat dan penuh..lakukan lifting sebanyak 5 kali..caranya dengan mengangkat payudara dan dilepaskan setelah mendapat regangan yang penuh (full strech)
Teknik-teknik di atas elok dipraktikkan sekerap mungkin bagi tujuan memberi bentuk payudara yang cantik dan yang penting untuk kesihatan payudara kita.
Langkah-langkah tersebut mampu menggalakkan pertumbuhan tisu baru dan membolehkan proses pembuangan toksin/racun di kawasan payudara dilaksanakan dengan efektif.


Untuk mendapatkan urutan penuh payudara di Manjadiri, contact ina 016-461 4667 untuk set appointment k..


Sunday, December 18, 2011

mineral body treatment for qastalani





kali ini manjadiri menerima pelanggan yang super cute
namanya miss q a.k.a mommy qastalani

beliau ke manjadiri untuk mendapatkan rawatan badan iaitu rawatan mineral

rawatan mineral ini merupakan rawatan yang meliputi dry body brushing, exfoliating, cloth buffing dan massage
rawatan ini sangat popular di eropah dan juga mana-mana cancer treatment centre di sana namun malangnya kat malaysia tak banyak yang mengaplikasikan kaedah rawatan anti oksidan ini di salun-salun kecantikan

rawatan badan ini sangat berfaedah untuk melawan selulit..ia juga menguatkan immune system badan serta menegangkan kulit dan mengelakkan premature aging..dengan kaedah exfoliate ini juga stimulate kulit badan dan memperbaharuinya menjadikan kulit badan kita berseri-seri, lembut dan superb to touch

ina jamin, selesai rawatan, badan kita akan berbau harum dan lembut sangat..confirm encik suami akan tersenyum-senyum tatkala tersentuh atau menyentuh kulit kita ehehehe..

untuk mengalami kulit selembut bayi ini, dapatkan rawatan mineral untuk seluruh badan ini
call/sms ina 016-461 4667 untuk set appointment yer =D

Saturday, December 17, 2011

irah facial and free day make up

vip manjadiri yang seterusnya: irah dari puchong
bertuah irah kerana dikurniakan rupa paras yang manis dan kulit wajah yang cerah
kawasan zon-t mengalami masalah masalah berminyak dan black head
kebetulan masa datang rawatan, ada 2 jerawat besar yang bernanah (jerawat nak period)
rawatan acne puryfing + hydrating + vit-c diberikan
bulu-bulu halus di wajah juga dibuang
wajah diurut untuk menambah keanjalan
untuk jerawat, sama sekali tidak boleh dipicit kerana akan menambah kerengsaan kulit di sekitar jerawat tersebut dan boleh meninggalkan parut
ina treate jerawat tersebut dengan vacum dan high frequency machine bagi merangsang jerawat untuk cepat kering dan sembuh

selepas rawatan selesai, day make up secara percuma untuk irah
kali ini ina memilih lime eye make up with magenta lipstick
untuk foundation, ina menggunakan giffarine foundation stick berharga RM 22.50
foundation ini sangat berkualiti dan berupaya menutup cela di wajah dengan baik..
lebih lama pemakaiannya, lebih natural dan wajah semakin berseri tanpa meninggalkan kesan bertompok akibat peluh

close up solekan mata
warna hijau gelap dikawasan kelopak mata
warna hijau muda di bawah kelopak mata
hijau dipilih untuk menambah kesegaran wajah
pipi dirias dengan blusher peach

irah, thanks for coming k
see u this evening @ giffarine's stokis wangsa maju
irah berminat dengan produk jenama giffarine ini kerana harga yang berpatutan dengan kualiti yang setanding dengan produk mahal

note: harga rawatan wajah RM68.00, day make up RM0.00

Friday, December 16, 2011

kak a facial and free make up

kali ini nak perkenalkan kak hasiah atau lebih mesra dengan panggilan kak a
kenalan ina di pejabat
kak a salah seorang pegawai aktuari di bahagian ina

close up wajah kak a
kak a bertuah kerana dianugerahkan kulit wajah yang tidak mempunyai masalah serius
melalui magnifying lamp, ina dapat lihat kulit kak a hanya mengalami masalah black head di sekitar hidung, pores yang sedikit terbuka, kering dan kedutan-kedutan halus yang boleh diatasi melalui urutan wajah yang sesuai


oleh itu, untuk facial treatment kali ini, ina memilih whitening + hydrating treatment untuk kak a.. ternyata rawatan tersebut membantu mencerah dan memberikan kelembapan yang optimum untuk kulitnya

kulit kak a kelihatan lebih cerah dan glowing naturally sejurus selepas rawatan wajah berakhir..kedutan-kedutan halus juga berkurangan dan kak a sendiri memaklumkan ina bahawa dia rasa kulitnya menganjal dan tegang
manakala black head yang ada disekitar hidung berkurangan

ina sarankan untuk beliau mendapatkan rawatan wajah sebulan sekali bertujuan untuk memelihara kecantikan kulit wajahnya
katanya lepas facial nak berjalan-jalan dengan keluarga..ina berbesar hati untuk make up wajahnya secara percuma
ina memilih purple smokey eye make up dan lolipop pink untuk lipstik
rasa sangat puas hati lepas anak sulungnya bagi komen yang positif
"mama, cantik la muka mama"

thanks kak a sebab memilih manjadiri untuk merawat wajah kak a
datang lagi yer =D
note: rawatan wajah RM68.00, make up RM0.00

SPF, sunscreen, sunblock

Hari ni nak buat entry tentang sunscreen that commonly known as sun cream or sunblock juga nak sentuh tentang kadar SPF dalam satu-satu sunscreen



Perlu ke kita guna sunscreen?Ya! kulit kita sangat memerlukan perlindungan daripada sinaran matahari yang semakin hari semakin terik pancarannya memandangkan lapisan ozon yang makin menipis.

Perlindungan yang diberikan adalah untuk mengelakkan sinaran UV yang antara lain penyebab utama jeragat(freckles) dan lebih teruk kalau kena kanser kulit.
Bila dah mula kena jeragat, susah tau nak hilangkannya..kena wat facial kerap, kena pakai produk yang boleh cater jeragat etc..semua tu memerlukan $$$ yang banyak.
ina pernah post pasal jeragat ni, 



klik http://manjadiri2010.blogspot.com/2010/03/masalah-jeragat-freckles.html


Oleh itu, pakailah yer perlindungan..


*****

 Apa beza sunscreen dengan sunblock?




Sunblock
Ia lebih 'tebal','pekat' dan 'kuat' untuk block sinaran UVA/UVB dan radiasi dari matahari.Penggunaan sunblock ni memadai sekali sapuan sahaja untuk tujuan perlindungan.Kondisi sunblock ni selalunya agak berminyak berbanding sunscreen.


Sunscreen
Ia lebih transparent dan dapat memberikan perlindungan seperti mana sunblock. Cuma kondisisinya yang lebih 'ringan' memerlukan sapuan beberapa kali dalam sehari dan kandungan SPF yang diperlukan perlu lebih tinggi berbanding jika menggunakan sunblock.

SPF, lagi tinggi lagi bagus ker?

Daripada sumber pembacaan, sunscreen yang ada SPF 30++ memberikan perlindungan dalam 97% manakala SPF 15++ memberikan perlindungan 95%



Bagaimana untuk memilih samada menggunakan sunscreen atau sunblock dengan kadar SPF yang sesuai?


Lihat keperluan masing-masing.
Jika anda berjemur, ke pantai, ke taman tema, swimming, jogging dan aktiviti-aktiviti seumpama contoh tersebut, disarankan untuk menggunakan sunblock dengan spf 30 atau 50 atau lebih mengikut tempoh masa anda berada di luar.

*lebih lama anda perlu berjemur, lebih tinggi SPF diperlukan
*jangan salah tafsir, lebih tinggi SPF tidak bermakna lebih banyak protection diterima

Jika untuk kegunaan harian, gunakan suncreen kerana sesuai nak apply beberapa kali dan kurang berminyak. Selalunya suncreen comes 2 in 1 dengan moisturiser.






cuba cari buku ni..





antara produk giffarine yang mengandungi SPF yang sesuai dengan kulit kita dengan harga yang sangat ekonomi


Pic from internet. Produk ni sangat sesuai untuk kulit remaja. Good for protection from sun rays and whitening purpose
Untuk VIP manjadiri, sila tolak lagi 25% dari harga dalam gambar. Sila kira sendiri sebab kalau saya tolong kirakan, anda tentu tak percaya dengan harganya hihi



Yang ni moisturiser a.k.a day cream yang mengandungi sunscreen yang disapu selepas pakai miracle fluid a.k.a penyegar. Best sebab murah, ada perlindungan SPF22 dan bertujuan untuk mencerah
VIP manjadiri dapat harga RM20.70




whitening night cream ni geng dengan suncreen di atas.. sesiapa nak mencerahkan kulit wajah elok sapu night cream ni lepas pakai penyegar di waktu malam
Harga dia, sory lupa lah..nanti ina update semula tapi confirm tak lebih dari RM30




Ini ialah Superman eh bukan
SUPER SUNBLOCK SPF99
best wooo bila p swimming, tak burn
kalu berminat leave me a comment for special price =D





Oklah, diharapkan entry kali ni dapat merungkai sebarang pertanyaan berhubung suncreen, sunblock dan SPF. Thanks =D

make up tunang cik wani

Make up kali ini
untuk Cik Wani kita

yang bertunang baru-baru ni
di presint 9 putrajaya

cantik orangnya
wajahnya disolek dengan teknik solekan waktu siang
tahniah dari kak ina sekeluarga



tukang make up tengah dok siap-siap barang

(dulu bilik salun kat sini..skang dah berwajah baru n dah pindah ke Master Bedroom)
pertama sekali wajah dicuci

kemudian miracle fluid disapu bagi mendapatkan kulit wajah yang glow

make up base warna kuning dicampur dengan moisturiser disapu ke wajah

kemudian wajah dioles dengan foundation stick
(ina pernah buat review tentang fs ni, sila klik link utk maklumat produk)




foundation stick tersebut juga bertindak sebagai concealer dan teksturnya sangat ringan dengan coverage yang rata dan cukup mantap!

best seller

sebab murah, solekan tahan lama dan setanding dengan foundation yang mahal-mahal

mata yang bundar disolek secara purple smokey eyes

close up solekan mata
keningnya dikemaskan
bulu mata palsu tidak dikenakan
tetapi disapu dengan mascara volume extra beberapa kali
bagi mendapatkan solekan smokey eye yang menggoda =D

pipinya dilayangkan beberapa kali dengan blusher warna peach dari tengah pipi ke atas telinga
suka ye wani =D
nak belajar make up
contact kak ina yer

tema serba pink
yang sangat ayu dan lembut
sesuai untuk majlis pertunangan
yang ringkas tetapi tetap meriah
tanpa solekan tebal
hingga menutup keremajaan bakal pengantin
trend make up hari ini
lebih ke arah natural look
di mana solekan yang dikenakan
tidak keterlaluan

tips make up 2 minit untuk cantik berseri

mesti gelabah kan
kalau tiba-tiba ada tetamu datang ke rumah
tak sempat nak bersiap lawa-lawa
jadi ina nak kongsi tips macam mana nak bagi berseri
2 minit jer



peralatan di perlukan:
eye liner hitam
blusher peach
lip gloss pink
lipstick pink

caranya:
cepat-cepat cuci muka(kalau tak sempat skip je)
kalau dah cuci pakai miracle fluid giffarine (takde sila order pada saya ye =D)
tak pakai bedak pun tak pa sebab lepas pakai miracle fluid tu
sure wajah dah nampak cerah dan glowy
terus calit eye liner(tebal sket bagi nampak macam cat eye miow miow)
blusher kaler peach 2 kali stroke dari tengah pipi ke atas telinga
pakai lipstick pink
pakai lip gloss pink/natural color
tadaaaaaa siap!!!

kenapa blusher kaler peach?
sebab create natural look dan sesuai sama ada anda kulit gelap atau cerah
kalau kulit gelap, ilusi dari warna peach akan nampakkan kulit kita jadi cerah
kalau kulit cerah, ilusi peach nampak muka anda bermaya

kenapa eye liner hitam? tak leh kaler lain ke?
tak boleh 
sebab kaler hitam lagi natural dan sesuai dengan warna anak mata orang asia
kecualilah jika anda pakai contact lense warna kelabu/biru/hijau
yang tu pilih eye liner dark brown or biru
warna hitam menampakkan mata yang menarik dan menggoda
ala-ala minah arab gitewww

lipstick dan lip gloss pink, kenapa?
sebab nak bagi nampak bibir munggil, jernih dan kissable
nak skip lipstik pun boleh
calit je lip gloss
tapi jangan over calit yer
nanti nampak berkilau terlebih macam letak minyak pula
less is more!

miracle fluid kena pakai ke?
wajib pakai untuk melengkapkan sesi tutorial kali ini
nak tahu review pasal miracle fluid ni
sila klik sini


selamat mencuba 
=D





get this widget