A home based beauty salun cater those who seek for personal beauty skin touch

We welcome you to feel the new experience with us
sms to 016-461 4667 (INA) for your beauty appointment

Monday, April 30, 2012

Galeri Manjadiri Home Beauty Salon

Manjadiri nak share gambar-gambar dalam salon 
*tertinggal gambar tempat sauna la pulak..*














aksi-aksi aisy nak try pedicure






Tuesday, April 17, 2012

Body and Face Scrub Manjadiri



Memperkenalkan Body Scrub dan Face Scrub Manjadiri!!!
Selama ni ina gunakan scrub tersebut untuk personal use dan pada pelanggan Manjadiri sahaja..
Tak main la scrub-scrub yang kat market tu kan..hehehe

Nak yang organik aka semula jadi sahajooo
terutama yang face scrub
maklumlah, muka ni hari-hari makeup 
so banyak la kulit mati, kulit kusam, liang roma tersumbat bagai..
kekdahnya dengan face scrub tu, selang sehari gosok kat muka
terus hilang semua masalah-masalah kulit tu..

kulit kering dah jadi normal balik
jerawat-jerawat mengecut
pores pun dah malu-malu nak terbukak luas-luas hihi

dah 28 tahun kau..
tua dah..
kena la prihatin lebih sikit
kulit dah tak segantenggg dulu..

Scrub badan ni diperbuat daripada bahan-bahan *rahsia* berikut:
brown sugar
sweet almond oil
vitamin E
sunflower seed oil
oat
beras pulut

Resepi scrub wajah:
oat
beras pulut
tea tree essential oil
tea tree extract
bicarbonate soda


cara nak guna body and face scrub ni:
basahkan wajah/badan terlebih dahulu
gosok secara membulat di wajah dan di badan bagi menanggalkan sel kulit mati
bilas
lap kering

memandangkan tiada sebarang preservative yang digunakan jadi kena cedok guna sudu
dan elakkan daripada air masuk dalam bekas 
nanti tak tahan lama

anggaran body scrub dalam satu bekas tu untuk sebulan manakala untuk wajah lebih kurang dua bulan
satu bekas plastik macam dalam gambar tu RM25 jer..

kalau nak, kena tempah
sebab ina tak buat banyak-banyak
bagi memastikan kesegaran produk terpelihara..

nak test???
percuma jer
meh manjadiri k!!



Friday, April 13, 2012

Potatoes for Dark Circles


Potatoes for Dark Circles

We've all heard that cucumbers are good for the eyes, but did you know that potatoes are even better? Plus, you are more likely to have them sitting in your cupboard somewhere.

What to do: 
Finely grate one small potato.  
Mush grated potato together with 1/8 of a cup of unsweetened applesauce until well blended.  
Lay down.  (At some point, I am going to get you to relax and lay down, so you might as well just do it.)  
Pat mixture under eyes.  
Place hot towel (not too hot) over eyes and take a 5 minute snooze.  
Gently wash off with warm water.

Wednesday, March 14, 2012

Sambungan cerita orang gila seks kacau Manjadiri

tetetttt..
Manjadiri just received sms from somebody to clarify who is 'the sex maniac'
in conjunction with the entry Manjadiri diganggu orang gila seks


rupa-rupanya ia merupakan agenda yang telah dirancang rapi oleh sepasang suami isteri yang sungguh giler-giler dalam merencana operasi yang dipanggil
OPS WAKENABEB!!


laporan mendapati bahawa sebenarnya sepasang suami isteri tersebut merupakan
JIRAN MANJADIRI sendiri 
hampeh :P


begitulah kisahnya..

ikuti sambungan cerita orang gila seks kacau Manjadiri lagi 
tokey Manjadiri bercadang untuk membuat perancangan rapi dengan crime partner merangkap suami tokey Manjadiri dalam membuat onar dendam kesumat terhadap pasangan suami isteri tersebut hehehehe....

Tuesday, March 13, 2012

Manjadiri diganggu orang gila seks



tetetttt...
mommy!! henpon!!!! aisy jerit
"hello, i XXXX (male) from xxx. i had read your advert. i work as xxxxx at putrajaya. do you have special body massage? how much? can i come saturday night??


WTF??!!!!!


hubby siap tanya, "eh ada advert special massage ker"
mana la Manjadiri pernah iklan macam tu..dah terang-terang polisi Manjadiri nak datang perempuan sahaja. kalau lelaki, mesti datang dengan muhrim dia




Ina buat tak layan jer



tetteettttt
mommy!!! tepon!!!!
aisy jerit lagi
"how much package? facial and massage? RM300 can??
hahaha dia ingat ini Manjadiri ni rumah urut ke apa




kali ini ina jawab
"Only ladies are welcome to Manjadiri"






.lama selepas tu dia reply balik
"Oh u doing business right? profit is more important, no gender barrier"





cis dia ingat Ina ni gila duit ke apa..siap tolong nasihat kita lagi..nasihat tak berguna pulak tu. kang datang Manjadiri nanti Ina tonyoh dengan berus besi tembaga baru tau!!








*****


gitulah antara cabaran dalam berniaga ini
9/10 pendapatan daripada perniagaan
9/10 jugalah cabaran dan rintangannya..


Monday, March 5, 2012

Scrub di Manjadiri


Manjadiri jatuh cinta dengan scrub yang diperbuat daripada Oat
Scrub ini sangat efektif dalam menanggalkan kulit mati sambil memberikan efek soothing kepada kulit. Ianya juga amat efektif membersihkan pores, membantu dalam deep cleansing, serta memudahkan  "operasi" removing blackhead and whitehead.
Scrub oat ini dipelbagaikan mengikut jenis kulit dan kawasan scrub samada di badan mahupun di wajah

Scrub favorite Manjadiri:

Oat with Honey
Oat with Citrus 
Oat with Baking Soda
Oat with Brown Sugar
Oat with Glutinous Rice

Selain itu Manjadiri juga sangat selesa menggunakan krim peeling daripada Giffarine iaitu 
Exfoliating Massage Lotion 
way effective in helping to remove dead skin cell dan memberikan kecerahan serta merta walaupun hanya selepas sekali penggunaan

Manjadiri juga menggunakan garam mineral bersama ekstrak bunga rose sebagai salah satu scrub kegemaran Manjadiri yang turut dikongsi bersama dengan pelanggan-pelanggannya..

Walau apa juga jenis scrub yang anda gunakan, amalan scrub wajah 2 - 3 kali seminggu amat berkesan dalam membantu kulit untuk 'bernafas' terutama sekali jika kerap menggunakan make up.. Cuma pastikan scrub tersebut tidak terlalu kasar untuk kulit kerana menyebabkan iritasi serta radang.. Jika kulit mengalami kesan keradangan, dinasihatkan supaya menyapu krim aloe vera ke wajah..






Thursday, February 23, 2012

Promosi Bulan Februari Hingga Mac


Sudah menjadi adat resam Manjadiri
tiap-tiap bulan mesti wat 'kenduri'

hehe
nak inform semua 
untuk promosi bulanan dari bulan Februari hingga Mac
setiap pelanggan Ultrasonic Brightening Facial akan menerima
rawatan BIOCILIN EYE PLUS ESSENCE bersama aplikasi ULTRASONIC WAVE 
serta aplikasi BRIGHTENING COOL EYE ROLLER
secara percuma setiap kali menerima rawatan wajah tersebut

hubungi adlina 016 461 4667 untuk appointment ^_^



get this widget