A home based beauty salun cater those who seek for personal beauty skin touch

We welcome you to feel the new experience with us
sms to 016-461 4667 (INA) for your beauty appointment

Wednesday, August 11, 2010

cantiknya mereka


mereka berdua
seorang daripada kementerian kesihatan
seorang lagi daripada jabatan kebajikan masyarakat
dua-dua single tapi not available k

diorang datang manjadiri setelah jumpa blog ina ni
lepas set appointment diorang pun datang
buat complete facial treatment
with free signature eye treament

diorang dapat diskaun  berganda-ganda
sebab diorang jadi memberi manjadiri
harga asal RM58
tapi lepas diskaun jadi RM48
kemudian diorang pesan barang giffarine lagi
harga barang-barang tu kalau tak salahnya RM56
lepas diskaun jadi RM44.40 je

oklah, diharapkan diorang berpuas hati dgn servis manjadiri
manjadiri beroperasi di hujung minggu sahaja sepanjang ramadan
nak terawih malam2 ^_^

Friday, August 6, 2010

Customer Sempoi


hehe label baru yang tak leh blah

sebenarnya mereka-mereka yang dilabelkan di bawah entry customer sempoi ni
adalah mereka-mereka yang sudi dan setuju
untuk ina pemeskan wajah mereka di blog ina

terima kasih buat mereka

tak dilupakan jua kepada pelanggan-pelanggan lain
yang percaya dan melanggan khidmat kecantikan di manjadiri
namun segan nak share pic di sini
korang tetap sempoi 
dan sangat senang berurusan dengan korang

* kesimpulannya ini sekadar label blog semata-mata
diharap tiada pihak yang berkecil hati ngan ina yer..

geng bas sekolah datang buat facial


depa ni datang bertiga
tapi yang lagi sorang malu pulak nak diambil gambarnya
depa ni geng bus sekolah ina
hehe aka geng sekerja
bukan kerja tempat yg sama
tapi profesion kami sama


memang havoc habes ngan depa 
harapnya depa puas hati
dan nak datang lagi


depa datang buat apa?
depa mai buat rawatan muka
dua-dua buat complete face treatment
free rawatan mata
memang kelakar lah melayan mereka semua

promo jangan tak promo
complete facial treatment
RM58 / RM48(for member manjadiri)
free
eye signature treatment ^_^



kak ita ngan kak gee datang bersauna


ni geng opis ina
kak ta dan kak gi namanya
datang manjadiri untuk bersauna
memang best sebab depa gila-gila
sempoi sungguh masa dok layan depa
letak sendiri cool gel ngan losyen segala 
mungkin depa malu ngan ina
tapi takpa
next time datang let me serve
hangpa relax saja  ^_^

promo jgn tak promo
slimming cool gel + sauna 
RM10 saja 
call ina 
016-461 4667

Wednesday, August 4, 2010

Tips khas untuk pelanggan facial manjadiri


Entry ni khas ditujukan kepada client-client manjadiri yer ^_^
Selalu gegirls tanya ina kan, berapa kerap yang sepatutnya untuk datang buat facial
Jawab ina: bergantung kepada kesihatan kulit wajah tu..kalau bermasalah teruk, datang 2 kali sebulan..kalau muka yang dah ok dan nak maintain, datang 1 bulan sekali

Lepas je facial, muka gegirls semua tentu cerah berseri and terasa anjal
mau nye tak cerah, dah bersih secara  mendalam dan kena massage. 
pastu masuk segala serum,ampoule bagai ^_^

so utk korang maintain kecerahan tu sebab lagi sebulan baru korang nak datang balik buat facial, korang amalkan petua berikut yer:

  • Applying a toner with salicylic acid to slough off the dead cells.
  • Using a weekly clay mask (twice weekly for oily skin) to draw out dirt and excess oil.
  • Gently exfoliating skin by using mild at-home peel that contains alpha-hydroxy acids.

So product yang ina sarankan:

Toner - Miracle Fluid Giffarine
Mask - Joreins Mask by Manjadiri atau Vitamin C Mask by Giffarine
Exfoliating - Dramatic Exfoliate Massage Cream Giffarine


Oraite gegirls, any enquiry just ring me at 016-461 4667 ^_^




Monday, August 2, 2010

Ketiak ireng


hehehe gelak dulu
ireng ni maknanya hangus atau hitam
so korang translate le sendiri apa makna ketiak ireng tu eh kih..kih..kih
ni nak citer sal ketiak or sopan santun sikit kita sebut armpit/under arm atau singkatannya UA

cuba korang tengok UA artis omputeh tu..hihi even thou dia artis and public figure, masalah tu pun tetap ada..maknanya sebagai manusia, masalah UA ireng ni common je..tapi sebagai org pompuan, kita mesti lee segan kalu tiak kita tu ireng, malu kat cik abe aka huby kita tu, iye dak??


*artikel ni boleh juga dijadikan panduan untuk mencerahkan kawasan lain selain ketiak seperti kawasan leher dan juga inner thighs(bikini area)


selalunya masalah UA ireng ni terjadi sebabnya:

1. overweight
2.pakai baju ketat-ketat especially kat area ketiak, sebab kain tu akan brush against the skin
3.panas + berpeluh = tiak ireng
4.kawasan UA tu tak dijaga kebersihannya
5.shaving
6.pengumpulan kulit mati di kawasan tersebut
7.penggunaan deodoran/alcohol/strong fragrance 

ada la petua sikit2 nak kongsi cara nak bagi cerah UA ireng ni:

1.jangan shave tapi buat waxing.
bila wax, follicle bawah kulit pun akan tercabut sama dan tak meninggalkan kesan hitam. kalau nak wax ni better guna honey wax or paraffin wax. nak wat sendiri tapi tak de machine? apa lagi meh la Manjadiri ehhh ^_^

2.scrub area UA tu
invest la sikit beli scrub badan..yang memurah dah la..nak beli? order kat ina pun boleh..
selain tu boleh guna pumic stone kat kawasan UA tersebut. Gosok pelan2 utk remove dead cell yg menyebabkan ianya menjadi ireng

3.apply lemon juice
mahal la sikit buah lemon ni, lebih kurang RM1 sebiji (kat K4 alamanda tu..)kalau kat tempat lain tak pasti la..tapi effective tau jus lemon ni..selain daripada mencerahkan kawasan yg ada flex2 gelap tu..ia juga boleh guna untuk manicure sendiri di rumah..jus lemon ni boleh kilatkan kuku kita..tapi kena rajin la kan..kena buat selalu.

4.bleaching
guna krim yg ada agen pemutih. tapi guna yang selamat je la eaaa..

yang ni deodoran terhangat katanya
ina tau pasal kebaikan deodoran ni lepas ada sorang client manjadiri dok tanya ina ada stok dak sebab dia kata kalau ada, dia nak beli banyak2
dia bagitau ina, UA dia makin cerah lepas pakai roll on ni pastu tak de bau badan dan tak tinggalkan kesan kat baju. selain tu katanya dia guna juga kat tempat2 lain yg gelap seperti di kawasan leher dan inner thigh (bikini area) dan husband dia puji sebab makin cerah hihi

erm..cik ain my2nd diary tu pun ada gak bertanya pasal ni..katanya bagus jugak..

***

so memandangkan ina terpengaruh dengan depa berdua tu, ina pun beli la jugak..kelmarin pegi stokis giffarine borong la few units utk ina and huby, ain dan juga client manjadiri tersebut..sebelum ni pakai rexona je, mana la tau hat ni lagi best ^_^

roll on ni ada agent pemutih dan anti bacteria yang di ekstrak dari botanical plant. selain tu ada organic salt yang diektrak dari herbs.

kandungan2 aktif dalam roll on tersebut  selain mencerah, ia juga sebagai skin-soothing agent (bagus sgt lah utk kita dalam cuaca panas dan berpeluh sebab ia menyejukkan kawasan tersebut)


harga runcit RM9.70 tapi ina ahli giffarine so dapatlah harga membe RM7.28. kalau nak pesan ngan ina, ina bagi diskaun 15% dari harga runcit yer..


kalau nak p beli sendiri kat stokis giffarine, ambil num ahli ina 471, adlina nasmi sha'ari
korang boleh dapat harga ahli ^_^






Thursday, July 29, 2010

Masalah eye bag & dark circle


Masalah betul la bila eye bag (EB) dan lingkaran hitam bawah mata (DC) mula menyerang..Ina sendiri mengalami masalah yang sama tau..

EB dan DC ni kalau dah start ada, susah betul la nak hilang kecuali kita rajin buat rawatan di salun dan juga rawatan sendiri di rumah

EB dan DC ni bukan sahaja menyebabkan muka kita nampak kusam dan tidak bermaya, malah kita nampak tua dari usia, ish bab tu ni memang tak leh blah arrr..sensitip! hehe biasa la perempuan kan..orang laki pulak katanya lagi tua lagi mahal, katanya lahhhhhhhh..tapi ye ke?? kih...kih..kih..

Meh nak list tabiat harian kita yang kita tak sedar menyebabkan EB dan DC ni bermaharajalela


1.Tidur
dilema utama yg dialami oleh hot mummy ibu muda dan yang ada anak kecil..terpaksa berjaga malam dan tidur-tidur ayam saja. inilah yang dinamakan pengorbanan..iaitu mengorbankan masa rehat yg paling utama dan insya allah mendapat balasan yang baik dariNya

tapi, kalau ada peluang, tidurlah dengan cukup sebab masa tidur ni kulit kita terutamanya bahagian muka repair itself. kandungan PH pada waktu malam juga berbeza menyebabkan krim anti penuaan sangat mudah diserap ke dalam kulit.

bila tidur tak cukup, lingkaran gelap bawah mata dan eye bag pun bercambah dengan sihatnya..

2.Tenung monitor 
hehe ni common 'mistake' yang terpaksa dihadapi oleh wanita2 bekerjaya nih..Jadi, rajin2 la tanam indoor plant dan buat senaman mata

selain menyebabkan masalah EB dan DC ni, ianya juga menyebabkan power mata ni bertambah2..adeh..lagi tebal la spek mata cheq!

3.Gosok mata
haha..ni pun ina selalu 'terbuat' terutama bila mata dah gatal, masuk habuk dan pakai contact lense lebih masa..bila mata rasa kering mula la terkedip-kedip mata tu n jari jemari pun ralit la dok gosok pi mai pi mai

amalan gosok mata ni selalu jugak terjadi bila nak remove eye make up terutama sekali bila nak remove mascara.

bukan tak tau, tapi buat jugak..kulit area mata ni sgt la nipis..sapa penah dok cucuk collagen ke botox ke area mata ni mesti tau 'kesedapan' jab kat area mata compare area pipi dan lain2 tempat yang banyak isi. kawasan mata ni la yang nak berkedut dulu bila ada fine wrinkles..

jadi agak2 tangan nak naik ke mata tu cepat2 bayangkan muka dengan kedutan2 bagai..confirm tak jadi nak gosok


4.Minum air lebih pun tak elok jugak
Sebelum tidur atau sejam sebelum tidur elakkanlah dari minum air. Ni pun antara punca formation of EB dan DC.

5.Period
Perasan dak, masa period ni lagi la mudah EB berlaku. Ni common sebab perubahan hormon dalam badan berlaku.

6.Suka makanan masin
Salt tooth ni ialah ina! memang suka masin, especially kalau buat sayur campur..ni lah penyebab utama juga berlakunya EB. Jadi sejam sebelum tidur jangan dah makan jajan atau supper makanan yang masin2 yer..


Tips mudah untuk merawat sendiri EB dan DC:

1. Sejukkan sudu
Masukkan sudu dalam freezer for 15 minutes, then pejam mata..letak belakang sudu yang dah sejuk tu di kawasan mata. Buat selalu ye, insya allah DC tu makin faded dan EB makin kurang.

2.Urut kawasan mata
Guna jari manis, tap kawasan EB tu untuk loosen fluid under ur eyes.

3.Letak tea bag/timun
Seelokknya tea bag/timun yang sejuk di kawasan mata..elok letak time tidur. Kandungan dalam teh dan timun tu berfungsi untuk mengecilkan pores dan menegangkan kulit serta dapat mengecutkan EB.


****

Manjadiri turut menyediakan rawatan mata secara intensif menggunakan ultrasound machine, OSIM eye massager, eye mask dan eye serum untuk merawat EB dan DC. Maklumat lanjut mengenai rawatan mata ni boleh lawati page rawatan mata


get this widget