A home based beauty salun cater those who seek for personal beauty skin touch

We welcome you to feel the new experience with us
sms to 016-461 4667 (INA) for your beauty appointment

Tuesday, January 31, 2012

Gemuk jadi Kurus


Ramai betul yang bertanya tentang program lansing atau bahasa mudahnya nak kurus dengan ina :)
Ina cadangkan menggunakan rawatan LUXURY BODY SPA iaitu menggunakan teknik dry body brushing + cloth buffing + exfoliation + slimming body mask + body wrap + slimming sauna + rosy moist

hasil selepas rawatan ialah badan akan terasa lebih ringan dan firm
gelebeh gelebeh di tangan, paha dan perut akan nampak lebih mampat dan tegang
kulit automatik akan lebih cerah, bersih dan lembut
wangi sudah semesti ^_^


tapi of course selepas sekali sesi takkan nampak kurus terus kan..mestilah banyak kali..sebab tu program yang ribu-ribu tu sampai 30 session
dengan ina, try 5 sessi je dulu..
ala lepas habis 1sessi pun dah terasa kelainannya
 harga satu sessi RM 65 jer

***********

ni nak citer pasal sorang awek omputih..gemuk sangat tapi lepas dia berusaha 18 bulan untuk bersenam dan control makan sahaja terus jadi cantik dan slim bangat..


cuba tengok lengan dia..haduyai sekali kena smack down boleh pengsan niii



lepas 18 bulan berusaha (1 tahun setengah) kawal pemakanan, diet seimbang dan bersenam dengan disiplin terus jadi cantik..hah nak cantik kena la seksa sikit..
rajin wat sit up
wat cruch

ni ngadap PC, time makan nasi tu senduk sampai berkali-kali...tapi cita-cita tinggi..
cane tu.....
so contohilah ketekunan Harriet yang berusia 25 tahun ni

kalau cik puan semua rajin kawal makan + senaman yang konsisten + sauna + body wrap + exfoliate.. pasti tak sampai 1 tahun setengah dah boleh kurus cantik

kurus cantik yer..bukan kurus melidi..
peace ^_^


Thursday, January 26, 2012

masalah kulit wajah sembuh dengan high frequency




kedua-dua gambar di atas ni ina ambil dari internet, ianya merupakan gambar rawatan facial menggunakan high frequency dalam regime rawatan wajah. ina takde gambar semasa rawatan sebab setiap privasi pelanggan Manjadiri terutamanya ketika rawatan dijalankan perlu dihormati dan dipelihara..

lagipun rata-rata pelanggan ina akan buka baju dan pakai kain yang ina sediakan untuk memudahkan ina mengurut kawasan leher, bahu, dada dan belakang badan ketika facial

berbalik kepada jenis rawatan ini, high frequency sangat berkesan untuk merawat masalah-masalah kulit seperti berikut:
kulit wajah yang berjerawat
liang roma / pores yang terbuka dan jelas 
kulit breakout kerana sangat sensitif
kulit wajah berkedut
kulit mula menunjukkan tanda-tanda penuaan
kulit berminyak
wajah sagging 
jeragat
puffy eyes
dark eye cirles
mengurangkan bulu roma di wajah

jika ada di antara pembaca yang mengalami masalah-masalah seperti berikut, dapatkan rawatan facial di mana-mana salon yang dapat menawarkan servis ini. 



*Pengalaman Ina sendiri menggunakan mesin ini*
ina mengalami masalah kulit yang sangat sensitif terutama di kawasan dahi..
kulit di kawasan dahi ina menjadi merah-merah, kering dan rasa sangat tegang terutama sekali apabila menjelang petang kerana seharian berada di dalam aircond..tetapi alhamdulillah dengan rawatan high frequency yang ina amalkan 3 kali seminggu membantu ina meredakan dan merawat kulit sensitif tersebut. jerawat di dagu dan pipi juga semakin mengecut dan bengkak pun hilang




di Manjadiri Home Beauty Salon, rawatan facial high frequency ini dilakukan setelah wajah selesai diwap dan extraction dibuat..kemudian diikuti dengan rawatan lifting dan brightening menggunakan vacuum serta ultrasound radio wave frequency bersama dengan serum-serum terpilih..eye essence serum, whitening and brightening mask with rose extract disapu ke mata dan wajah..dan diikuti dengan rawatan rutin facial yang lain sehingga selesai..

pelanggan akan dapat merasakan perubahan yang ketara pada kulit wajah setelah rawatan berakhir walau hanya selepas sekali rawatan..
kalau buat selalu lagi bagus..facial amat bagus dilakukan 2 kali seminggu untuk merawat kulit yang bermasalah

rawatan facial lengkap di  Manjadiri hanya berharga RM68.00 sahaja
cuba dahulu..jika tidak berpuas hati, Manjadiri amat mengalu-alukan sebarang komen bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kecantikan di salon kami..


Rawatan Wajah di Manjadiri Home Beauty Salon




-Express Facial-

*RM20.00 

  5 session = RM100

 free 1 hand bath



-Ultrasonic (Radio wave) + High Frequency + Vacuum Brightening Facial-

*1 sesi RM68.00 
  1st trial RM48.00
  5 sesi = RM340 
  free 1 eye spa + 1 essential pedicure & manicure spa + 1 breast massage



-Pampering Facial Treatment-
one machine (ultrasonic/high frequency/vacuum)

*RM48.00 

  5 sesi = RM240 

  free 1 mineral detox full body treatment




-Vita - C Facial Treatment-

*RM48.00 

  5 sesi = RM240 

  free 1 ear candling spa + 1 sauna spa

(teen facial)
-You are my honeybunch-
*RM30.00 
  5 sesi = RM150 
  free 1 mineral detox back treatment


Manjadiri Home Beauty Salon menggunakan produk-produk rawatan kecantikan yang diperakui dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Antara produk yang digunakan ialah daripada jenama Giffarine, A gift for Life yang halal dan mempunyai nombor siri rujukan KKM.

Selain daripada itu, Manjadiri turut menggunakan produk-produk rawatan khusus utk kegunaan rawatan profesional iaitu brand 3003'C, Biocilin Plus + Double Rich Formula serta lain-lain produk kegunaan khusus untuk rawatan salon.


BARU!!

Essential ampoule yang ditawarkan di Manjadiri terdiri daripada:
  • purifying complex - balance skin pH level, reduce the acne problem and tighten the pores
  • hydration complex - imrove skin hydration, improve the appearance of fine lines and skin elasticity
  • pure retinol complex - improve skin elasticity, improve skin absorption ability and firming the skin
  • pure collagen complex - improve skin elasticity, skin absorption ability, firming eye zone, face and neck, tighten the pores and uplifting

Wednesday, January 18, 2012

Jerawat di dahi part 2


hits untuk entry ina pasal jerawat di dahi sangat tinggi
rasanya mungkin ramai di luar sana yang mengalami masalah tersebut
ina mengalami masalah jerawat di dahi paling teruk ketika bersekolah dan terakhir ketika mengikuti kursus wataniah serta diploma pengurusan awam (DPA)

berdasarkan kepada pengalaman sendiri dan juga pelanggan-pelanggan manjadiri
dapat ina simpulkan bahawa masala jerawat di dahi sebenarnya boleh diatasi dengan mudah
iaitu dengan minum air yang banyak  mengikut keperluan tubuh badan 

jerawat-jerawat halus di dahi berlaku akibat panas dan kulit terhidrat oleh itu dengan air yang banyak dapat menyahtoksin serta mengekalkan kelembapan berterusan

selain itu makanan berwarna oren seperti karot, betik dan mangga dapat membekalkan beta karotena yang berfungsi untuk memperbaiki sel kulit

selanjutnya dengan pengambilan vitamin c serta kolagen. Ina sendiri mengamalkan amalan menyapu serum pure collagen ke wajah, leher dan pangkal dada sebelum tidur bagi mendapatkan kulit yang cantik dan melambatkan proses kedutan 



*serum tersebut boleh didapati di Manjadiri Home Beauty Salon dengan harga RM15 sahaja yang mampu bertahan selama 3-4 minggu atau add-on serum dengan harga RM10 dengan setiap rawatan wajah di Manjadiri*


Friday, January 13, 2012

Everything is just RM50 nett





call Adlina
016-461 4667 
for further explanation


Free beauty voucher



Jika ada inginkan RM20 free beauty voucher yang untuk rawatan wajah yang mengandungi rawatan seperti berikut:





The Voucher Includes: Ultrasonic Brightening Facial Treatment with any ampoules:
·        Acne
·        Hydrating
·        Pure collagen
·        Pure retinol



Sila berikan alamat emel anda untuk kami emelkan voucher tersebut.

Gaya solekan 2012


Tahun 2012 dimulakan dengan gaya make up yang lebih terarah pada zaman 70an.
Pada yang lahir tahun tersebut tentu akan lebih 'in' kerana tahu cara makeup tersebut.
Gayanya lebih terarah kepada vintage dan klasik
Rona warnanya lebih garang dan terang
dan kelopak mata diwarnakan penuh hingga ke kening
Ala-ala disco look gitew

So layankan gambar2 yang ina ambik dari web latest trend
Try it and see how you can carry it








cuba tengok cover majalah EH! tahun 2012
gaya solekan Elfira Loy tersebut lah yang ina maksudkan..


sejujurnya ina sendiri tak confident sangat nak cuba make up gaya terbaru ini
biarlah kalau dikatakan tak ikut trend sekalipun
namun tujuan asal penataan wajah adalah untuk menutup cela dan memberikan lebih keserian kepada wajah 
jadi apa jua gaya make up yang dikenakan
make sure 'less-is-more'
chill!!
get this widget