A home based beauty salun cater those who seek for personal beauty skin touch

We welcome you to feel the new experience with us
sms to 016-461 4667 (INA) for your beauty appointment

Wednesday, October 3, 2012

Promosi Bulan Oktober 2012


Salam beloved clients Manjadiri 
Promosi bulan Oktober 
Dengan setiap 24 karat facial gold treatment di Manjadiri
anda bawa pulang wajah cerah berseri dan
1 rice milk soap bar + 10gram vanilla brown sugar body scrub + 10gram skin clear face scrub

Call/sms/line/tango/viber/whatsapp adlina 
016.461.4667
instagram @adlina
facebook adlinahusaini



Tuesday, September 18, 2012

24 karat gold facial

Malam ni manjadiri dikunjungi adik manis seorang lawyer di putrajaya. She is so cute and cheeky..sembang dengan dia macam dah lama kenal.

She's pampered herself with 24 karat gold facial with eye mask.

Instant brightening, uplifting and lucious skin are 100% guaranteed after just a session.

See you again next month darling!!


Saturday, September 15, 2012

Lulur / scrub wajah

Gambar adalah signature produk manjadiri iaitu blemish free face scrub.

Ini merupakan trial scrub yang diberi secara percuma kepada semua pelanggan dan rakan-rakan manjadiri.

Alhamdulillah, banyak respon positif yang diterima. Antaranya:

1. Kulit lebih sekata
2. Jerawat mengecut
3. Pori mengecil
4. Kebersihan wajah yang maksimum terutama apabila make up tebal
5. Sekali pakai sahaja pun telah terasa perbezaa kulit wajah yang lebih bersih, licin dan lembut

Antara bahan yang digunakan adalah beras pulut, tea tree oil dan lain-lain lagi.

Untuk penduduk sekitar putrajaya dan kawasan berhampiran, whatsapp/line/sms 016.461.4667 untuk mendapatkan trial scrub / lulur wajah ini percuma.

Harga: RM25.00 (200gram - 2 bulan)

Boleh digunakan setiap hari kerana tiada bahan merbahaya kepada kulit wajah yang digunakan.

Sangat sesuai untuk kulit sensitif dan berjerawat mahupun jeragat kerana bertindak sebagai antiseptik dan dapat merawat masalah kulit.




Produk kecantikan manjadiri

Tempahan oleh rakan universiti masa kat uum dulu..

1. Vanilla body scrub
2. Marine collagen
3. Acne blemish free face scrub

Free gift: Rice Milk body/face soap (sangat best macam baru lepas mandi susu, mencerahkan flex gelap di ketiak, leher dan celah paha serta mencerahkan)


Facial bleaching

Assalamualaikum visitors.
Introducing new kind of facial treatment - bleaching

For all this while hanya tokey manjadiri yang sebulan sekali menggunakan jenis rawatan ini untuk tujuan pencerahan, merawat pori terbuka dan kulit tak sekata.

Atas permintaan beberapa pelanggan, ina mula memperkenalkan rawatan pencerahan ini.

Produk yang ina pakai untuk diri sendiri mahupun para pelanggan ialah White Henna Facial Hair Bleaching for face and neck.

Rawatan ini disarankan sebulan sekali.
Hasil pencerahan adalah serta merta dan bertahan beberapa minggu (bergantung pada kekerapan terdedah pada sinaran matahari).

Produk ini turut dijual secara beransingan jika ingin diy di rumah.

Namun disarankan dilakukan di salun kerana agak 'messy' dan memerlukan analisis kulit terlebih dahulu.

Sangat sesuai untuk bakal pengantin baru yang ingin kelihatan segar dan berseri setelah make up tebal dicuci ^_^

Sms \ whatsapp \ line : 016.461.4667 untuk maklumat lanjut.



Friday, June 8, 2012

Promosi rawatan facial dan ear candling


Promotion For June - July

Ultrasonic Brightening Facial Treatment 
*vita C
*collagen
*pure retinol complex
*pure purifying complex

+

Ear Candling
*rose ear candling with face scrub

=

RM93 RM85 sahaja



Monday, April 30, 2012

Galeri Manjadiri Home Beauty Salon

Manjadiri nak share gambar-gambar dalam salon 
*tertinggal gambar tempat sauna la pulak..*














aksi-aksi aisy nak try pedicure






Tuesday, April 17, 2012

Body and Face Scrub Manjadiri



Memperkenalkan Body Scrub dan Face Scrub Manjadiri!!!
Selama ni ina gunakan scrub tersebut untuk personal use dan pada pelanggan Manjadiri sahaja..
Tak main la scrub-scrub yang kat market tu kan..hehehe

Nak yang organik aka semula jadi sahajooo
terutama yang face scrub
maklumlah, muka ni hari-hari makeup 
so banyak la kulit mati, kulit kusam, liang roma tersumbat bagai..
kekdahnya dengan face scrub tu, selang sehari gosok kat muka
terus hilang semua masalah-masalah kulit tu..

kulit kering dah jadi normal balik
jerawat-jerawat mengecut
pores pun dah malu-malu nak terbukak luas-luas hihi

dah 28 tahun kau..
tua dah..
kena la prihatin lebih sikit
kulit dah tak segantenggg dulu..

Scrub badan ni diperbuat daripada bahan-bahan *rahsia* berikut:
brown sugar
sweet almond oil
vitamin E
sunflower seed oil
oat
beras pulut

Resepi scrub wajah:
oat
beras pulut
tea tree essential oil
tea tree extract
bicarbonate soda


cara nak guna body and face scrub ni:
basahkan wajah/badan terlebih dahulu
gosok secara membulat di wajah dan di badan bagi menanggalkan sel kulit mati
bilas
lap kering

memandangkan tiada sebarang preservative yang digunakan jadi kena cedok guna sudu
dan elakkan daripada air masuk dalam bekas 
nanti tak tahan lama

anggaran body scrub dalam satu bekas tu untuk sebulan manakala untuk wajah lebih kurang dua bulan
satu bekas plastik macam dalam gambar tu RM25 jer..

kalau nak, kena tempah
sebab ina tak buat banyak-banyak
bagi memastikan kesegaran produk terpelihara..

nak test???
percuma jer
meh manjadiri k!!



Friday, April 13, 2012

Potatoes for Dark Circles


Potatoes for Dark Circles

We've all heard that cucumbers are good for the eyes, but did you know that potatoes are even better? Plus, you are more likely to have them sitting in your cupboard somewhere.

What to do: 
Finely grate one small potato.  
Mush grated potato together with 1/8 of a cup of unsweetened applesauce until well blended.  
Lay down.  (At some point, I am going to get you to relax and lay down, so you might as well just do it.)  
Pat mixture under eyes.  
Place hot towel (not too hot) over eyes and take a 5 minute snooze.  
Gently wash off with warm water.

Wednesday, March 14, 2012

Sambungan cerita orang gila seks kacau Manjadiri

tetetttt..
Manjadiri just received sms from somebody to clarify who is 'the sex maniac'
in conjunction with the entry Manjadiri diganggu orang gila seks


rupa-rupanya ia merupakan agenda yang telah dirancang rapi oleh sepasang suami isteri yang sungguh giler-giler dalam merencana operasi yang dipanggil
OPS WAKENABEB!!


laporan mendapati bahawa sebenarnya sepasang suami isteri tersebut merupakan
JIRAN MANJADIRI sendiri 
hampeh :P


begitulah kisahnya..

ikuti sambungan cerita orang gila seks kacau Manjadiri lagi 
tokey Manjadiri bercadang untuk membuat perancangan rapi dengan crime partner merangkap suami tokey Manjadiri dalam membuat onar dendam kesumat terhadap pasangan suami isteri tersebut hehehehe....

Tuesday, March 13, 2012

Manjadiri diganggu orang gila seks



tetetttt...
mommy!! henpon!!!! aisy jerit
"hello, i XXXX (male) from xxx. i had read your advert. i work as xxxxx at putrajaya. do you have special body massage? how much? can i come saturday night??


WTF??!!!!!


hubby siap tanya, "eh ada advert special massage ker"
mana la Manjadiri pernah iklan macam tu..dah terang-terang polisi Manjadiri nak datang perempuan sahaja. kalau lelaki, mesti datang dengan muhrim dia




Ina buat tak layan jer



tetteettttt
mommy!!! tepon!!!!
aisy jerit lagi
"how much package? facial and massage? RM300 can??
hahaha dia ingat ini Manjadiri ni rumah urut ke apa




kali ini ina jawab
"Only ladies are welcome to Manjadiri"






.lama selepas tu dia reply balik
"Oh u doing business right? profit is more important, no gender barrier"





cis dia ingat Ina ni gila duit ke apa..siap tolong nasihat kita lagi..nasihat tak berguna pulak tu. kang datang Manjadiri nanti Ina tonyoh dengan berus besi tembaga baru tau!!








*****


gitulah antara cabaran dalam berniaga ini
9/10 pendapatan daripada perniagaan
9/10 jugalah cabaran dan rintangannya..


Monday, March 5, 2012

Scrub di Manjadiri


Manjadiri jatuh cinta dengan scrub yang diperbuat daripada Oat
Scrub ini sangat efektif dalam menanggalkan kulit mati sambil memberikan efek soothing kepada kulit. Ianya juga amat efektif membersihkan pores, membantu dalam deep cleansing, serta memudahkan  "operasi" removing blackhead and whitehead.
Scrub oat ini dipelbagaikan mengikut jenis kulit dan kawasan scrub samada di badan mahupun di wajah

Scrub favorite Manjadiri:

Oat with Honey
Oat with Citrus 
Oat with Baking Soda
Oat with Brown Sugar
Oat with Glutinous Rice

Selain itu Manjadiri juga sangat selesa menggunakan krim peeling daripada Giffarine iaitu 
Exfoliating Massage Lotion 
way effective in helping to remove dead skin cell dan memberikan kecerahan serta merta walaupun hanya selepas sekali penggunaan

Manjadiri juga menggunakan garam mineral bersama ekstrak bunga rose sebagai salah satu scrub kegemaran Manjadiri yang turut dikongsi bersama dengan pelanggan-pelanggannya..

Walau apa juga jenis scrub yang anda gunakan, amalan scrub wajah 2 - 3 kali seminggu amat berkesan dalam membantu kulit untuk 'bernafas' terutama sekali jika kerap menggunakan make up.. Cuma pastikan scrub tersebut tidak terlalu kasar untuk kulit kerana menyebabkan iritasi serta radang.. Jika kulit mengalami kesan keradangan, dinasihatkan supaya menyapu krim aloe vera ke wajah..






Thursday, February 23, 2012

Promosi Bulan Februari Hingga Mac


Sudah menjadi adat resam Manjadiri
tiap-tiap bulan mesti wat 'kenduri'

hehe
nak inform semua 
untuk promosi bulanan dari bulan Februari hingga Mac
setiap pelanggan Ultrasonic Brightening Facial akan menerima
rawatan BIOCILIN EYE PLUS ESSENCE bersama aplikasi ULTRASONIC WAVE 
serta aplikasi BRIGHTENING COOL EYE ROLLER
secara percuma setiap kali menerima rawatan wajah tersebut

hubungi adlina 016 461 4667 untuk appointment ^_^



Tuesday, January 31, 2012

Gemuk jadi Kurus


Ramai betul yang bertanya tentang program lansing atau bahasa mudahnya nak kurus dengan ina :)
Ina cadangkan menggunakan rawatan LUXURY BODY SPA iaitu menggunakan teknik dry body brushing + cloth buffing + exfoliation + slimming body mask + body wrap + slimming sauna + rosy moist

hasil selepas rawatan ialah badan akan terasa lebih ringan dan firm
gelebeh gelebeh di tangan, paha dan perut akan nampak lebih mampat dan tegang
kulit automatik akan lebih cerah, bersih dan lembut
wangi sudah semesti ^_^


tapi of course selepas sekali sesi takkan nampak kurus terus kan..mestilah banyak kali..sebab tu program yang ribu-ribu tu sampai 30 session
dengan ina, try 5 sessi je dulu..
ala lepas habis 1sessi pun dah terasa kelainannya
 harga satu sessi RM 65 jer

***********

ni nak citer pasal sorang awek omputih..gemuk sangat tapi lepas dia berusaha 18 bulan untuk bersenam dan control makan sahaja terus jadi cantik dan slim bangat..


cuba tengok lengan dia..haduyai sekali kena smack down boleh pengsan niii



lepas 18 bulan berusaha (1 tahun setengah) kawal pemakanan, diet seimbang dan bersenam dengan disiplin terus jadi cantik..hah nak cantik kena la seksa sikit..
rajin wat sit up
wat cruch

ni ngadap PC, time makan nasi tu senduk sampai berkali-kali...tapi cita-cita tinggi..
cane tu.....
so contohilah ketekunan Harriet yang berusia 25 tahun ni

kalau cik puan semua rajin kawal makan + senaman yang konsisten + sauna + body wrap + exfoliate.. pasti tak sampai 1 tahun setengah dah boleh kurus cantik

kurus cantik yer..bukan kurus melidi..
peace ^_^


Thursday, January 26, 2012

masalah kulit wajah sembuh dengan high frequency




kedua-dua gambar di atas ni ina ambil dari internet, ianya merupakan gambar rawatan facial menggunakan high frequency dalam regime rawatan wajah. ina takde gambar semasa rawatan sebab setiap privasi pelanggan Manjadiri terutamanya ketika rawatan dijalankan perlu dihormati dan dipelihara..

lagipun rata-rata pelanggan ina akan buka baju dan pakai kain yang ina sediakan untuk memudahkan ina mengurut kawasan leher, bahu, dada dan belakang badan ketika facial

berbalik kepada jenis rawatan ini, high frequency sangat berkesan untuk merawat masalah-masalah kulit seperti berikut:
kulit wajah yang berjerawat
liang roma / pores yang terbuka dan jelas 
kulit breakout kerana sangat sensitif
kulit wajah berkedut
kulit mula menunjukkan tanda-tanda penuaan
kulit berminyak
wajah sagging 
jeragat
puffy eyes
dark eye cirles
mengurangkan bulu roma di wajah

jika ada di antara pembaca yang mengalami masalah-masalah seperti berikut, dapatkan rawatan facial di mana-mana salon yang dapat menawarkan servis ini. 



*Pengalaman Ina sendiri menggunakan mesin ini*
ina mengalami masalah kulit yang sangat sensitif terutama di kawasan dahi..
kulit di kawasan dahi ina menjadi merah-merah, kering dan rasa sangat tegang terutama sekali apabila menjelang petang kerana seharian berada di dalam aircond..tetapi alhamdulillah dengan rawatan high frequency yang ina amalkan 3 kali seminggu membantu ina meredakan dan merawat kulit sensitif tersebut. jerawat di dagu dan pipi juga semakin mengecut dan bengkak pun hilang




di Manjadiri Home Beauty Salon, rawatan facial high frequency ini dilakukan setelah wajah selesai diwap dan extraction dibuat..kemudian diikuti dengan rawatan lifting dan brightening menggunakan vacuum serta ultrasound radio wave frequency bersama dengan serum-serum terpilih..eye essence serum, whitening and brightening mask with rose extract disapu ke mata dan wajah..dan diikuti dengan rawatan rutin facial yang lain sehingga selesai..

pelanggan akan dapat merasakan perubahan yang ketara pada kulit wajah setelah rawatan berakhir walau hanya selepas sekali rawatan..
kalau buat selalu lagi bagus..facial amat bagus dilakukan 2 kali seminggu untuk merawat kulit yang bermasalah

rawatan facial lengkap di  Manjadiri hanya berharga RM68.00 sahaja
cuba dahulu..jika tidak berpuas hati, Manjadiri amat mengalu-alukan sebarang komen bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kecantikan di salon kami..


Rawatan Wajah di Manjadiri Home Beauty Salon




-Express Facial-

*RM20.00 

  5 session = RM100

 free 1 hand bath



-Ultrasonic (Radio wave) + High Frequency + Vacuum Brightening Facial-

*1 sesi RM68.00 
  1st trial RM48.00
  5 sesi = RM340 
  free 1 eye spa + 1 essential pedicure & manicure spa + 1 breast massage



-Pampering Facial Treatment-
one machine (ultrasonic/high frequency/vacuum)

*RM48.00 

  5 sesi = RM240 

  free 1 mineral detox full body treatment




-Vita - C Facial Treatment-

*RM48.00 

  5 sesi = RM240 

  free 1 ear candling spa + 1 sauna spa

(teen facial)
-You are my honeybunch-
*RM30.00 
  5 sesi = RM150 
  free 1 mineral detox back treatment


Manjadiri Home Beauty Salon menggunakan produk-produk rawatan kecantikan yang diperakui dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Antara produk yang digunakan ialah daripada jenama Giffarine, A gift for Life yang halal dan mempunyai nombor siri rujukan KKM.

Selain daripada itu, Manjadiri turut menggunakan produk-produk rawatan khusus utk kegunaan rawatan profesional iaitu brand 3003'C, Biocilin Plus + Double Rich Formula serta lain-lain produk kegunaan khusus untuk rawatan salon.


BARU!!

Essential ampoule yang ditawarkan di Manjadiri terdiri daripada:
  • purifying complex - balance skin pH level, reduce the acne problem and tighten the pores
  • hydration complex - imrove skin hydration, improve the appearance of fine lines and skin elasticity
  • pure retinol complex - improve skin elasticity, improve skin absorption ability and firming the skin
  • pure collagen complex - improve skin elasticity, skin absorption ability, firming eye zone, face and neck, tighten the pores and uplifting

Wednesday, January 18, 2012

Jerawat di dahi part 2


hits untuk entry ina pasal jerawat di dahi sangat tinggi
rasanya mungkin ramai di luar sana yang mengalami masalah tersebut
ina mengalami masalah jerawat di dahi paling teruk ketika bersekolah dan terakhir ketika mengikuti kursus wataniah serta diploma pengurusan awam (DPA)

berdasarkan kepada pengalaman sendiri dan juga pelanggan-pelanggan manjadiri
dapat ina simpulkan bahawa masala jerawat di dahi sebenarnya boleh diatasi dengan mudah
iaitu dengan minum air yang banyak  mengikut keperluan tubuh badan 

jerawat-jerawat halus di dahi berlaku akibat panas dan kulit terhidrat oleh itu dengan air yang banyak dapat menyahtoksin serta mengekalkan kelembapan berterusan

selain itu makanan berwarna oren seperti karot, betik dan mangga dapat membekalkan beta karotena yang berfungsi untuk memperbaiki sel kulit

selanjutnya dengan pengambilan vitamin c serta kolagen. Ina sendiri mengamalkan amalan menyapu serum pure collagen ke wajah, leher dan pangkal dada sebelum tidur bagi mendapatkan kulit yang cantik dan melambatkan proses kedutan 



*serum tersebut boleh didapati di Manjadiri Home Beauty Salon dengan harga RM15 sahaja yang mampu bertahan selama 3-4 minggu atau add-on serum dengan harga RM10 dengan setiap rawatan wajah di Manjadiri*


Friday, January 13, 2012

Everything is just RM50 nett





call Adlina
016-461 4667 
for further explanation


Free beauty voucher



Jika ada inginkan RM20 free beauty voucher yang untuk rawatan wajah yang mengandungi rawatan seperti berikut:





The Voucher Includes: Ultrasonic Brightening Facial Treatment with any ampoules:
·        Acne
·        Hydrating
·        Pure collagen
·        Pure retinol



Sila berikan alamat emel anda untuk kami emelkan voucher tersebut.

Gaya solekan 2012


Tahun 2012 dimulakan dengan gaya make up yang lebih terarah pada zaman 70an.
Pada yang lahir tahun tersebut tentu akan lebih 'in' kerana tahu cara makeup tersebut.
Gayanya lebih terarah kepada vintage dan klasik
Rona warnanya lebih garang dan terang
dan kelopak mata diwarnakan penuh hingga ke kening
Ala-ala disco look gitew

So layankan gambar2 yang ina ambik dari web latest trend
Try it and see how you can carry it








cuba tengok cover majalah EH! tahun 2012
gaya solekan Elfira Loy tersebut lah yang ina maksudkan..


sejujurnya ina sendiri tak confident sangat nak cuba make up gaya terbaru ini
biarlah kalau dikatakan tak ikut trend sekalipun
namun tujuan asal penataan wajah adalah untuk menutup cela dan memberikan lebih keserian kepada wajah 
jadi apa jua gaya make up yang dikenakan
make sure 'less-is-more'
chill!!
get this widget