A home based beauty salun cater those who seek for personal beauty skin touch
We welcome you to feel the new experience with ussms to 016-461 4667 (INA) for your beauty appointment

untuk bulan april ini..
manjadiri membuat tawaran khas
bagi rawatan sauna
hanya RM10.00 untuk mana-mana ramuan bersauna
sama ada Rosy Sauna iaitu harga asalnya RM25.00
mahupun Chinese Herb dengan harga biasa RM18.00
sms ina 016-4614667 untuk tempahan tarikh dan masa yer
layari SAUNA untuk maklumat lanjut faedah bersauna ini =D

ain, thanks for asking me bout this ^_^
Disini nak kongsi sedikit tips mendapat kulit yang sihat bercahaya.Walau pun kita berkulit gelap, tak bermakna kita tak leh nampak cantik dan mempunyai kulit yang glowy..
* Bahan utama untuk kulit bercahaya adalah air, air dan air Minum air sebanyak yang anda boleh. Hidrasikan kulit anda dari dalam. TAPI KALAU KERAP MINUM air teh, kopi atau soda, yang tu tak dikira, tak aci. Anda perlu air kosong yer..
* Kurangkan pengambilan kopi dan teh. Alah takyah explain, uols sure tahu baik tak baik minum kopi dan teh bebanyak nih..Tapi ina sendiri pun, sampai opis, on pc, gi pantry bancuh kopi..camner tu..
* Elakkan mandi air panas. Salah satu agen kekeringan. Jika cuaca sejuk, mandi air suam yang untuk mendapatkan kulit yang sihat.Jadi, kurang-kurangkanlah yer kepada sesiapa yang suka gi mandi kat kolam air panas tu ek..
* Gunakan pelembab yang ringan secara teratur sewaktu siang hari (mesti yang ada suncreen factor yer) ketika cuaca sejuk kulit akan mudah jadi kering jadi gunakan pelembab yang agak tebal texturenya ketika ini (ni kalau selalu p cameron highland or genting or memana tempat sejuk, kalau siapa rajin travel lagi faham)
* Guna krim/losyen di tempat tubuh yang lain seperti siku, lutut, kaki dan tangan.
* Diet seimbang sentiasa membantu. Makan banyak buah-buahan, sayuran, biji-bijian dan susu yang akan bekerja mendapatkan kulit yang sihat.
* Lakukan eksfoliasi kulit anda secara teratur. Sel-sel kulit kering, kulit mati amat perlu dihapuskan untuk menjadikan kulit sentiasa muda. Tapi pengelupasan berlebihan akan menyakitkan kulit. Jika anda memiliki kulit kering atau tinggal di iklim dingin, anda boleh menjaga kulit dengan menggunakan scrub yang lembut dan halus tekturenya.
* jangan merokok!
* tidur yang cukup..tp buat mak-mak yang ada anak kecil, memang tak dapek nak tido dengan cukupnya..tido2 ayam je memalam tu, takut jadi apa2 kat bayi kecil kita so cubalah pakai krim mata selalu ye..and take a nap bila sempat..
semoga tips2 di atas memberi manfaat utk pembaca dan peringatan buat ina juga untuk amalkannya..